SEMUANYA UNTUKMU

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MAHARATU RAFIDAH MOHAMAD. SEMOGA GEMBIRA HENDAKNYA DAN SEMUANYA UNTUKMU.

Sunday 29 June 2014

JURNAL BLOG : KEALPAAN PENYAIR TERHADAP TUBUH SAJAK oleh MAHARATU RAFIDAH MOHAMAD


JURNAL BLOG
KEALPAAN PENYAIR TERHADAP TUBUH SAJAK


Puisi adalah bentuk seni yang paling popular di dunia. Ia adalah salah satu genre yang dihasilkan oleh semua lapisan masyarakat. Ia dihasilkan melalui pengalaman, imaginasi ataupun sesuatu yang lahir dari kejadian benar. Puisi juga merupakan salah satu cara terapi yang baik kerana ia boleh membantu kita menyatakan siapa diri kita dan menyatakan pendapat tentang sesuatu permasalahan. Dan puisi ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Puisi tradisional terdiri daripada pantun, nazam, syair, seloka dan sebagainya. Manakala puisi moden pula hanya sajak.

Sejak ratusan tahun dahulu, golongan bangsawan memegang genre popular ini dan hanya orang tertentu sahaja yang dapat mendeklamasikan sajak ini di hadapan golongan bangsawan. Tetapi ketika ini, sesiapa juga mampu menghasilkan sajak namun, tidak semua yang mampu menghasilkan sajak yang akan dikenang sampai bila-bila.

Ada beberapa tubuh sebenarnya dalam mendirikan sesebuah sajak yang kukuh. Malah, sajak juga memerlukan tubuh yang kuat, sihat, cergas dan sempurna. Namun penyair yang lebih bersifat bereksperimen terhadap sajak mereka, mereka akhirnya lebih mengutamakan eksperimen mereka dan juga masih belum matang dalam menghasilkan setiap baris perkataan yang dipilih. Ini juga mungkin terjadi, kerana sajak itu sendiri memiliki sifat keghairahannya yang tersendiri untuk mengangkat sajak itu menjadi sesuatu yang baharu daripada yang lebih baharu.

Oleh itu, di sini, diberikan beberapa TUBUH membuat sajak yang sebenarnya sudah lama diketepikan oleh penyair. Semoga, tubuh-tubuh yang telah dilupakan ini, dapat dijadikan sedikit panduan untuk para penyair yang sangat berminat dengan genre puisi ini iaitu sajak.

TUBUH 1 : PILIH TOPIK.

Pertama sekali, penyair harus memikirkan subjek untuk menulis. Sebagai contoh, subjek berbentuk cinta. Ia tidak perlu menjadikan penyair itu seorang yang romantis. Malah, penyair yang bersifat tegas juga boleh menghasilkan sajak sebegini. Subjek berbentuk cinta ini boleh melibatkan rasa cinta kepada ibu bapa, adik-beradik, alam, rakan, haiwan dan juga kepada Tuhan.

Contoh :
-          Subjek cinta yang diambil adalah – Ibu.

TUBUH 2 : SOALAN.

Setelah penyair memilih subjek iaitu Ibu, penyair harus memikirkan tentang ibu dan cinta penyair kepada ibunya. Pastikan soalan-soalan itu berbentuk positif dan tanyakan kepada diri, apakah soalan-soalan tersebut.

Contoh :
-          Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang ibu?
-          Apakah ibu anda bermakna kepada anda?
-          Apakah perkara-perkara yang telah ibu anda lakukan untuk anda yang anda hargai?
-          Apa perbezaan ibu anda daripada ibu yang lain?
-          Apa yang anda suka mengenai ibu anda?
-          Apakah perasaan anda terhadap jawapan terhadap soalan-soalan ini?

Setelah itu, penyair harus meletakkan jawapan kepada soalan-soalan tersebut mengikut rasa emosi cinta penyair. Pastikan penyair berfikir secara positif.


TUBUH 3MULA MENULIS SAJAK ANDA.

Penyair harus memulakan sajak penyair mengikut jawapan yang diberikan di dalam bentuk gaya bahasa yang indah. Penyair boleh menyatakan sesuatu seperti :

Contoh :

Ibuku sangat bermakna kepadaku
dia telah mengalas ribuan pengorbanan
cintanya lebih besar dari segalanya.

Setelah penyair memiliki baris sajak ini yang akan disambung ke baris-baris seterusnya, maka penyair sudah berjaya menghasilkan sebuah sajak.

TUBUH 4 SELESAI DRAF PERTAMA ANDA.

Adalah penting untuk draf pertama, ditulis dengan secepat mungkin, kerana idea itu boleh sahaja hilang bila-bila masa. Di sini, penyair bebas menggunakan apa sahaja bahasa dan tidak perlu risau dengan tatabahasa, ejaan, bentuk dan sebagainya.

TUBUH 5 KAJIAN DAN TULIS SEMULA.

Apabila sudah mempunyai draf pertama, kini penyair boleh menyemak apa yang telah ditulis dan mula membentuk sajak yang betul. Ingat, puisi moden iaitu sajak tidak perlu memiliki rima. Bagi memiliki klimaks yang sempurna, penyair harus menekan di baris terakhir sajak yang memastikan identiti sebagai seorang penyair yang mengangkat subjek di dalam sajak tersebut diletakkan pada satu aras yang tinggi supaya sajak yang dihasilkan itu akan dikenang sampai bila-bila. Apa yang penting, tiada puisi kedua yang sama kerana ia sama seperti penyair sendiri, tidak mungkin ada orang lain yang sama seperti anda. Itulah keindahan sajak.
Sajak akan lebih indah apabila penyair masuk ke dalamnya dan menjadi sebahagian daripada sajak tersebut. Memang, sajak bukan sahaja untuk diri penyair tetapi juga untuk orang lain, oleh itu, terletaklah di sini tugas penyai membentuk baris-baris perkataan yang akan memudahkan pembaca memahami dan pastikan sajak itu bukan sahaja penyair yang faham tetapi sesiapa juga akan memahami walau hanya membacanya sepintas lalu. Ini adalah salah satu ganjaran yang besar untuk menjadi penyair. Ia membantu penyair untuk menyatakan diri sendiri dan membantu orang lain untuk memahami dirinya.

Setelah berjaya menulis sajak berbentuk sebegini, penyair boleh berfikir tentang subjek yang lain. Senarai subjek ini tiada batasan. Penyair boleh pergi ke mana sahaja melalui sajak anda, penyair tidak perlu terikat dengan puisi-puisi yang terlalu banyak bermain dengan kata-kata, tidak serius dan tidak matang. Apa yang diperlukan, hanya pen, sehelai kertas dan imaginasi anda.

Semoga panduan yang diberikan secara ringkas ini, akan dapat membantu menambah pengetahuan kepada para penyair dan janganlah pula ia dipandang remeh kerana yang sedikit itulah yang akan menjadi banyak.

Friday 27 June 2014

CERPEN BLOG : FAISAL DAN DOT DOT oleh MAHARATU RAFIDAH MOHAMAD



Botol berisi air dimasukkan ke dalam beg. Sebuah bekas kecil yang jelas kelihatan dari luar badan gumpalan tanah itu turut dimasukkan ke dalam beg yang juga jelas dua tiga barisan jahitan kia yang kasar. Angin pagi itu juga berhembus dengan nyaman dua tiga kali dan bukan sekali walaupun matahari sudah hampir sahaja sampai ke tingkat empat langit pada hari itu.
          “Faisal…” Itulah lelaki yang berusia awal 20-an yang telah memasukkan botol dan bekas ke dalam beg yang hampir lusuh itu. Sekiranya diimbas kembali sejarah beg itu, beg itulah yang pernah digunakannya sewaktu dibangku sekolah lagi. Begitu besar sekali jasa beg itu.
          “Ya Mak…” Faisal menjawab menyambut laungan emaknya itu. Mak Jijah, isteri kepada Pak Ghani yang bekerja sebagai polis bantuan.
          “Kau nak ke mana Faisal?” Mak Jijah menghampiri Faisal yang sedang menzip beg yang juga sudah haus untuk ditutup itu. Mak Jijah memandang Faizal serba tak kena. “Kalau nak kata pergi cari kerja, takkan kau pakai seluar pendek, baju t’shirt yang dah Mak buat bikin kain buruk kat dapur tu…” Faisal melihat baju t’shirt yang dipakainya. Otaknya malas untuk memikirkan kata emaknya yang secara tidak kasarnya itu menyindirnya.
            “Faisal nak pergi memancing dengan Tahir.” Mak Jijah menjeling malas.
            “Buang masa. Belum tentu dapat ikan.” Mak Jijah bercekak pinggang.
        “Rezeki itu bukankah ketentuan Allah Taala.” Mak Jijah menyengetkan sedikit bibirnya ke kiri. Faisal menoleh ke belakang dan melihat Tahir sudah menghampiri laman rumahnya dengan mengayuh basikal. “Faisal pergi dahulu, Mak.” Faisal menyalami Mak Jijah.
         “Assalammualaikum Mak Jijah. Emak kirim salam.” Kata Tahir seraya tiba di hadapan Faisal.
        “Waalaikummussalam. Emak Tahir sihat ke? Mak Jijah dengar, dia pergi ke hospital semalam.” Tahir membetulkan topinya dan menahan basikal dengan kaki yang memijak tanah. Faisal pula sedang meletakkan beg ke dalam bakul basikal.
          “Mak sihat. Memang Mak pergi ke hospital semalam tapi bukan dia yang sakit. Dia pergi melawat Mak Ucu yang dah beranak semalam.” Jawab Tahir sambil tersengih. “Anak jantan lagi Mak Jijah.”
          “Syukur Alhamdulilah. Selamat juga Mak Ucu kamu bersalin.” Faisal menjuihkan bibirnya ke arah Tahir. “Ah… jangan pula korang berdua ni lambat balik. Ah… jangan juga menyimpang ke tempat lain.” Sempat Mak Jijah memberikan pesan kepada mereka berdua.
          “Baiklah Mak. Kami pergi dahulu.” Tahir memusing basikalnya membelakangi Mak Jijah. Begitu juga Faisal. “Assalammualaikum.” Mereka memberi salam serentak sebelum mengayuh basikal keluar dari laman rumah.
          “Waalaikummussalam. Budak-budak ni. Ada-ada saja kerja mereka. Bukan nak cari kerja tetap. Susah betul.” Mak Jijah mengomel dengan dirinya sendiri dan melangkah masuk semula ke dalam rumah.
          Sepanjang perjalanan mereka berdua menuju ke sungai Kampung Tekuyung itu, mereka sempat juga berbual dan berangan-angan akan mendapat banyak ikan. Hasrat mereka yang ingin memancing yang telah dirancangkan sejak sebulan lalu akhirnya berhasil juga setelah melalui pelbagai halangan seperti hujan selama dua tiga hari, terpaksa membantu kenduri kahwin anak tok penghulu dan bermacam-macam lagilah sebelum ini.
          “Akhirnya berjaya juga hasrat kita hari ini…” Faisal ketawa gembira setelah tiba di sungai kampung kelahiran mereka itu. Mereka meletakkan basikal di tanah yang masih lagi basah-basah lembap itu. “Kita nak cari tempat yang baik punya kat mana?”
          Tahir melilau seluruh sungai dan dia tersenyum apabila melihat sebuah pokok yang tinggi merendang sedang beralun-alun ditiup angin. “Kat bawah pokok sana. Boleh berteduh?” Faisal melihat Tahir dan mengangguk pantas.
          Mereka berdua menuju ke pokok tersebut dan mulalah menyiapkan pancing. Bekas yang dipenuhi dengan gumpalan pasir dibuka penutupnya. Bergeliang-geliut beberapa ekor cacing seolah-olah sedang cuba melepaskan diri. Faisal menarik seekor cacing dan memasangnya ke mata kail. Habislah riwayat cacing itu hari ini. Faisal menutup bekas itu semula. Tahir juga berbuat demikian.
          Hampir sejam mereka menunggu pancing menggena. Mereka sudah menyandar batang pokok. Faizal mengambil tempat di kiri dan Tahir pula di kanan, oleh itu mereka membelakangi antara satu sama lain. Faisal tiba-tiba merengus perlahan.
          “Apalah tempat kau pilih ni Tahir? Dah sejam aku tunggu.” Faisal merungut perlahan.
            “Alah… Sabarlah. Baharu sejam apa. Ikan mungkin belum keluar makan rehat. Masih dalam waktu kerja.” Jawab Tahir berseloroh.
          “Yalah tu… Jawapan yang langsung tak menyakinkan.” Faisal membetulkan pancingnya. “Kau dengar tak cerita tentang si Melisa. Aku dah lama tak dengar khabar dari dia?” Faisal mengubah topik perbualan.
          “Melisa? Anak Pak Dili Hidung Ketuat tu ke?” Tanya Tahir seolah tidak mengenali Melisa.
          “Habis tu, siapa lagi? Alah… gadis cun sekampung tu. Kan dia sambung belajar kat Selangor. Kalau tak silap aku, masa hari raya tu sahaja dia balik kampung. Tu pun, langsung tak bertemu dengan kita berdua. Takkanlah dia dah sombong…” Kata Faisal menjelaskannya kepada Tahir.
          “Oh… Melisa anak bongsu Pak Dili Hidung Ketuat tu. Aku dengar cerita, dia pernah ketawa-ketawa masa berbual dalam handphone hari tu. Bukan main gembira sekali aku tengok. Masa tu, dia nampak aku tengah lihat dia kat bawah tanah menghabiskan sisa-sisa ketupat, bukan main kasar dia jeling aku, kau tahu…” Jelas Tahir pula kepada Faizal.
          “Ya kah? Aku tak tahu pula sampai begitu sekali dia sombong. Yalah kan… orang dah masuk universiti. Bukan macam kita ni. Lepas SPM pun tak lulus juga.” Sambung Faisal sambil menarik-narik pancingnya.
          “Kau baik lagi. Lepas SPM. Yang aku ni, SPM pun haram tak ada.” Berkerut dahi Faisal mendengar kata Tahir sedangkan dia masih ingat lagi, dia dan Tahir sama-sama menduduki peperiksaan SPM lima tahun lalu.
            “Biarkanlah si Melisa tu.” Faisal tidak memperdulikan kehairanan hatinya dengan kata Tahir sebentar tadi. “Bukan dia sahaja yang cun sekarang ni. Kau ingat tak, Nuryana anak Cikgu Talib yang dahulu tu dia masih budak darjah enam. Sekarang kan dia dah tingkatan lima. Aku tengok, bukan main lagi lawa budak tu sekarang…” Faisal tersenyum sambil ketawa kecil.
          “Alah… takkanlah anak Cikgu Talib tu nak bermenantukan kau yang tak ada kerja tu… Mesti dia nak anaknya tu sampai memiliki ijazah. Kerja baik-baik lepas tu. Ingat, orang macam kita terutamanya aku ni bolehkah dapat kahwin perempuan yang cantik dan pintar macam tu. Takkan kau dah lupa, yang anaknya tu adalah pelajar terbaik sekolah. PMR dapat 8A tu…” Jawab Tahir tidak berselindung.
          “Yalah aku tahu… Siapalah yang nakkan kita yang tak ada kerja ni. Masih duduk makan duit mak bapak lagi. Bukannya aku tak nak cari kerja, cuma kerja tu yang tak nak aku kerja.” Faisal menarik nafas dalam. “Kita sendiri sama-sama mencari kerja. Banyak tempat dah kita tanya. Tapi kerja tu yang tak nak kita. Asyik-asyik kata, nanti pihak kami telefon. Nanti pihak kami hantar surat. Hujung-hujung, habuk tak ada, angin pula yang keluar.” Kata Faisal panjang lebar.
          “Itulah… Kan bagus kau terima kerja kat kilang sebagai pak jaga, kau tak nak. Gaji pun bagus. KWSP, Perkeso semuanya ada. Cuti pun ada. Bonus, overtime, elaun pun mereka beri. Tapi kau menolak…” Sekali lagi dahi Faisal berkerut mendengar kata Tahir. Seingat dia sekali lagi, dia sendiri bersama dengan Tahir pergi ke sesi temuduga kerja itu namun mereka menolaknya apabila mereka berdua diarahkan untuk menjaga kilang itu pada waktu malam. Mereka bukannya takut cuma kawasan itu keras pada waktu malam dan juga sudah berulangkali mereka mendengar cerita seram mengenai kilang itu.
          “Bukan kita berdua pergi sama ke masa temuduga tu?” Tiada sebarang jawapan daripada Tahir. Faisal menggelengkan kepalanya. “Entahlah, apa nasib kita ni nanti? Aku ni dah habis fikir. Mahu atau tak, tahun depan umur aku dah 26 tahun. Agaknya, aku terpaksalah terima tawaran masuk tentera yang dikatakan oleh bapa aku tempoh hari.”
          “Baguslah macam tu. Masuk tentera. Boleh berbakti kepada negara dan rakyat. Walaupun negara kita ni aman dan menitikberatkan 1Malaysia, malah juga kita tak berperang macam dahulu, tapi kau masih boleh berbakti kepada rakyat negara ni. Sebagai contoh, musim banjir. Kau boleh menabur bakti dengan menolong dan menyelamatkan mereka. Malah, binatang-binatang ternakan macam a…” Tahir berdehem kasar. “Binatang ternakan yang tak mampu menyelamatkan diri, kau boleh selamatkan.” Sambung Tahir dan Faisal mengangguk setuju.
          “Betul cakap kau tu. Sekurang-kurangnya, aku mempunyai pekerjaan tetap malah dengan kerajaan pula tu. Kalau nasib aku baik, mungkin aku boleh dihantar ke luar negara. Tapi, aku dengar, latihan tentera ni susah.”
          “Alah… macam pepatah kata. Berakit-rakit ke hulu, berenang-berenang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.” Tersenyum Faisal mendengar kata Tahir yang penuh dengan semangat itu.
          “Betul cakap kau tu. Aku rasa, aku akan terima tawaran kerja tu. Habis tu, kalau aku dah dapat kerja jadi tentera, kau nak buat apa pula Tahir?”
          “Aku… Aku ni macam biasalah. Duduk sahaja kat kampung. Kalau umur aku panjang, aku masih hidup. Kalau dah sampai haul, mungkin aku terpaksa dikorbankan.” Terkejut Faisal mendengar gurauan Tahir yang kasar itu.
          “Apa maksud kau Tahir?” Faisal menggulung tali pancing. “Aku tak fahamlah. Kau ada masalah ke?”
         “Tak adalah. Aku ni mana ada masalah. Kalau manusia tu, baharulah ada masalah.” Tahir ketawa kecil.
          “Ah… kau ni nak buat lawak pun, biarlah bertempat sedikit.” Mereka berdua masih lagi membelakangi antara satu sama lain. “Susah-susah, kau ikut sahaja aku. Kita masuk tentera. Mahu tak?”
          “Aku ni sememangnya mahu sangat-sangat tetapi masalahnya, mahukah mereka mengambil aku ni? Aku ni kan pernah digelar bodoh malah ada satu masa dahulu, kecoh seluruh negara mengesahkan aku ni gila.” Tahir ketawa lagi. Faisal semakin tidak mengerti.
          “Eh… Aku tak fahamlah Tahir… Kau ni kenapa? Takkan kau kena sampuk pula…” Faisal meletakkan pancing ke tanah dan berdiri. Dia membersihkan seluarnya dan berpaling memandang Tahir.
          “Kau nak ke mana Faisal?” Bulat mata Faizal melihat Tahir malah mata Tahir juga bulat melihat Faisal. “Takkan kau marah pula. Aku cuma bergurau sahaja dengan kau…”
          “Selama ini, aku bercakap dengan kau ke?” Faisal bertanya perlahan.
          “Yalah… Kenapa?” Jawab Tahir seraya bertanya.
          “Kau kata, kau nampak Melisa masa kau makan sisa-sisa ketupat kat tanah, betulkah?” Tanya Faisal perlahan juga.
          “Yalah… Kenapa?” Sekali lagi Tahir berkata yang sama.
          “Masa kita pergi temuduga pak jaga kilang tu, kau ada sama?” Tanya Faisal lagi.
         “Yalah… Masa tu, aku tengah duduk kat bawah pokok. Kenapa?” Kata Tahir lagi.
          “Maksud kau, kalau umur kau panjang dan cukup haul, kau akan dikorbankan tu, betul-betulkah?” Tanya Faisal tidak berhenti.
          “Yalah… Kenapa?” Tahir sudah mula meninggikan suara kepada Faisal. “Kau ni asyik tanya yang bukan-bukan ni, kenapa ah Faisal?” Faisal menelan air liur paksa.
          Dia berkalih ke kiri menghampiri sungai. Dia masih memandang Tahir yang masih duduk memandangnya. Faisal berundur perlahan demi perlahan.
          “Betulkah kau boleh bercakap?” Gugup Faisal bertanya kepada Tahir.
          “Ek… Kan aku yang berbual dengan kau sejak tadi. Jadi, betullah aku pandai bercakap…”
          “Kau kan lem…” Faisal menelan air liur paksa. “Dulu bodoh sekarang gila. Aku rasa, apa yang aku rasa memang betul. Dulu aku bodoh, rasanya sekarang ni aku gila.”
          “Kau ni kenapa Faisal?” Tahir bertanya tidak mengerti.
          Faisal menjerit nyaring ketakutan. “Tak mungkin! Tak mungkin!” Faisal menjerit macam diserang histeria. Faisal melompat-lompat macam kera kena belacan. “Aku tak sangka yang aku boleh jadi kaya dalam sekelip mata.”
        “Kau ni kenapa Faisal?”
       “Betul kau boleh bercakap?”
       “Yalah… Memang aku boleh bercakap. Kau ni kenapa?” Sekali lagi Tahir bertanya.
        “Aku kaya! Aku kaya! Aku kaya!” Faisal melompat-lompat. “Aku memang hebat.” Faisal ketawa riang.
     “Faisal!” Tahir berdiri melihat Faisal melompat-lompat gembira. Tahir menggosokkan matanya dan mematikan pemain mp3 yang didengarnya sejak tadi. “Kau kenapa?”
          “Tahir… Kau mesti tak percaya cakap aku…” Faisal memegang bahu Tahir. “Cuba kau tengok kat sebelah kau, siapa?” Tahir menoleh ke kirinya.
          “Lembu. Lembu Pak Dili Hidung Ketuat. Kenapa?” Faisal tersenyum gembira. “Woi… Kau jangan nak samakan aku dengan dia pula walaupun namanya tu sama dengan aku.” Tahir menolak tangan Faisal yang memegang bahunya.
          “Bukan itu maksud aku…” Faisal ketawa gembira. “Aku tak payah masuk tentera, tapi aku akan masuk ke dalam tv. Sebab lembu ni…” Faisal menarik nafas dalam. “Lembu ni pandai bercakap! Aku kaya!” Faisal melompat-lompat gembira.
          Tahir menggaru-garu kepalanya. Dia melihat lembu Pak Dili Hidung Ketuat yang sedang duduk melihat Faisal melompat-lompat. Tahir tersenyum dengan dirinya sendiri.
          “Tak sangka, rancangan aku nak mengenakan dia berjaya juga akhirnya. Adakah lembu boleh bercakap?” Tahir ketawa namun ketawanya terhenti apabila Faisal memandangnya tajam. Tahir menelan tawanya itu dan pantas berpaling.
          “Tahir!” Faisal menjerit nyaring. Namun Tahir sudah berlari secepat kilat. Faisal mula naik berang lekas sahaja menangkap baju Tahir dan menendang Tahir. Maka berlakulah, pergaduhan yang amat sengit di tepi sungai Kampung Tekuyung itu.
          “Emm… malas betul aku melihat mereka berdua tu. Bukan main seronoknya aku duduk lepak kat sini setiap hari, betul-betul terganggu hari ini.” Lembu Pak Dili Hidung Ketuat yang bernama Tahir itu pun bangun dan berlenggang balik meninggalkan Faisal dan Tahir yang sudah hilang kewarasan diri.
          Sungai Kampung Tekuyung yang amat dan tenang itu bercatuk-catukkan ikan dipermukaan air melihat pergaduhan terhebat kampung itu secara percuma. Malah cacing yang dijadikan umpan di mata kail Faisal juga turut timbul menyaksikan bersama. Begitulah kisahnya. Mengarutkan!

Monday 23 June 2014

Ebook : PAHLAWAN ISTANA PERMATA

Baiklah, kali ini Maharatu nak share pula dengan ebook terbaharu Maharatu yang telah pun direalisasikan oleh KarnaDya Solution Sdn Bhd. Terima kasih. ebook ini bertajuk Pahlawan Istana Permata. Ia sebuah cerita yang mengisahkan dunia haiwan yang boleh berkata-kata. Dan mari kita baca sinopsis ebook Pahlawan Istana Permata ini.

Sebuah perjalanan Warra, seekor kura-kura yang ingin mengembalikan semula kelajuannya di sebuah istana yang telah dikuasai oleh Sang Penyejuk. Warra melewati pelbagai halangan di setiap daerah dan akhirnya menemukannya dengan rakan-rakannya yang juga sebenarnya ingin mengembalikan milik mereka masing-masing. Sebuah persahabatan di antara Warra dengan rakan-rakannya iaitu Ibrah, Ghina, Lail, Inayah dan Imalah di dalam sebuah perjalanan menuju ke Istana Permata.

Wau, Warra adalah seekor kura-kura. Dan sesiapa yang rasa nak beli bolehlah klik link di bawah ini :



Pahlawan Istana Permata oleh +Maharatu Rafidah Mohamad +Maharatu Rafidah Mohamad terbitan KarnaDya Solution Sdn Bhd. ISBN : 978-967-406-235-4


PREVIEW i-Novel Ketujuh : MAGIK CINTA

i-Novel Ketujuh oleh Maharatu baharu sahaja dilancarkan pada 30 Mei 2014 hari itu. i-Novel ketujuh ini bertajuk Magik Cinta yang diterbitkan oleh +Eyeroom Editor & Publisher. Emm... i-Novel kali ini, Maharatu membawa kisah yang berbentuk ala dunia magik. Seorang lelaki yang memiliki magik bertemu dengan seorang gadis yang tidak menyedari, dia juga memiliki magik. Sinopsis cerita Magik Cinta adalah seperti ini :

Suci Haurriyyah, seorang gadis autism dikatakan memiliki sebuah magik terhebat jika disatukan dengan Cristaux Bleus Humains iaitu Qarl Mikail Johan yang mampu melihat masa hadapan. Dunia Kristal dan Dunia Manusia perlu bersatu demi menyelamatkan sebuah hati yang telah diserap oleh Kristal Hitam iaitu Isabel. Dan Suci Haurriyyah perlu menjadi Cristal Violet Humaine sebelum dapat memiliki Magik Cinta itu.

Dan juga, Maharatu turut menggunakan serba sedikit kata-kata magik di dalam Bahasa Perancis untuk menampakkan keghairahan kata-kata magik tersebut. Sebagai contoh :

Mon coeur est à toi. Pulse pour nousUne impulsion que nous rencontrons. Créeer un amour magique." yang bermaksud "Jantungku Adalah Milikmu. Denyutnya Milik Kita. Senadi Kita Bertemu. Wujudnya Magik Cinta."

Apa-apapun, kepada pembaca yang dah membelinya, Maharatu ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana i-Novel ketujuh ini telah pun diterjemahkan ke-empat bahasa iaitu, English, France, Itali dan German. Woo Hoo... terima kasih sekali lagi kepada semua.


PUISI BLOG : KAU MALAIKAT DUNIA

Mulanya, Maharatu terfikir, ia bukan di Malaysia. Tetapi, tekaan itu meleset. Ya Allah, seakan tidak percaya tetapi inilah mata yang melihat. Benar, berat lagi bahu yang memikul dari mata yang memandang. Namun, sejahat mana seorang ibu, tidak mungkin mampu membiarkan keadaan ini berlaku. Dan, Maharatu fikir, hanya di dalam drama, novel atau filem sahaja ini boleh berlaku, ternyata, di dunia yang nyata ini juga boleh terjadi. Maha Suci Allah, sesiapa juga yang terlibat, semoga Allah swt menerima taubat mereka itu. Dan Maharatu doakan, semoga Adik Muhammad Firdaus Dullah, akan segera sembuh dari kelukaan ini. Di sini, Maharatu titipkan puisi untukmu Adik, doa Maharatu sentiasa ada untukmu.


MALAIKAT DUNIA
(Kutitip Doa Buatmu, Malaikat Dunia Yang Telah Bebas dari Kurungan Dunia)


Tuhan
dari matanya itu
tidak mampu kubaca
cerita sedihnya
segala kisah deritanya
dari matanya itu, Tuhan
sinarnya amat kabur
air mata menyelubung
sisa yang tak terbendung.

Tuhan
dari tubuhnya itu
tidak mampu kutafsir
riwayat hidupnya
segala rentetan perjalanannya
dari tubuhnya itu, Tuhan
bahagianya amat luntur
doa penjaga hati yang murung
rahmat-Mu turut berkabung.

Tuhan
rahsia ini berat terbongkar
saat ia pecah kurung
awan mendung cepat berkumpul
kumohon Tuhan
selamatkanlah malaikat dunia itu
dari pilu penuh cabaran
bebaskanlah dia dengan sayang-Mu
membersihkan kedukaannya
kumohon Tuhan
lindungilah malaikat dunia itu
dari duka penuh dugaan
hidupkanlah dia dengan kasih-Mu
menjernihkan kesengsaraannya.

Tuhan, syukur kepada-Mu
saat sanubari malaikat itu berkurun terluka
dan air mata sudah kering lesu
pintu-Mu itu luas terbuka
melihatkan sinar mata terpilu
yang perlu disembuh semula
kumohon Tuhan

cinta-Mu diperlukan untuk malaikat dunia itu.

AKTIVITI BLOG : Sehari JonJon Bersama YangYang di Taman Permainan.


JonJon, salah satu teman yang sangat setia dan cute. Dan juga JonJon ini, salah satu watak terpenting di dalam i-Novel Magik Cinta yang Maharatu hasilkan bersama terbitan +Eyeroom Editor & Publisher. Dan yang menarik, kali ini JonJon bersama dengan abang dia, Abang YangYang di Taman Permainan SK. Tanjung Aru. Tak payah nak kata, dia memang gembira...

pssst : Tak kisahlah, apa nak orang kata, yang penting, aku ada, kau ada? hahahaha....











SENARAI NAMA NEGARA DAN PENULIS ANTOLOGI PUISI DOA BUAT MH370, KEMBALI MH370 TERBITAN PERWILA 2014.


Demi mengenang peristiwa yang sangat menyedihkan di seluruh dunia iaitu kehilangan pesawat MAS MH370 yang telah hilang dari radar pada 08 Mac 2014, maka PERWILA tergerak hati untuk menerbitkan sebuah Antologi Puisi Doa Buat MH370 yang bertajuk, Kembali MH370. Di dalam terbitan ini memuatkan 136 orang penulis berasal dari 12 buah negara iaitu, Brazil, Brunei Darussalam, China, Indonesia, Jepun, Jerman, Thailand, Singapura, Perancis, Rusia, United States, dan juga Malaysia. Antologi ini merupakan sebuah penerbitan PERWILA yang pertama memuatkan karya daripada penulis luar negara. Oleh itu, di sini, disertakan nama-nama penulis yang terlibat menjayakan penerbitan kali ini yang mana buku ini akan selesai percetakannya dalam sedikit masa lagi. Dan Maharatu sebagai salah seorang penyelenggara bersama Norgadis Labuan, Gabriel Kimjuan, Tuan Hj. Othman Mahali, Tuan Hj. Suili Bakar, Encik Sahar Misron, Dr. Harun Hj. Pudin dan ramai lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas sumbangan karya puisi anda bagi mengenang peristiwa yang sangat menyentuh ini. Bersama-samalah kita mendoakan semoga MH370 akan Kembali.


SENARAI NAMA NEGARA DAN PENULIS.


BRAZIL

1. ZALOTA PLASCINY


BRUNEI DARUSSALAM

2. ABDULLAH TAHIR
3. DINO MN
4. FIRDAUS H.N
5. KAMARUL OTHMAN
6. PANJI LARA
7. R.MULIA ROSMULIATI YAHYA


CHINA

8. YÄ‚N NIÄ‚O


INDONESIA

9. ANGGER
10. DIANIE APNIALIS M
11. HENDRI KURNIAWAN
12. HILLARY GILLI PRATIKTO
13. INDRA INTISA
14. KUNFUAIDAH ADZVAR
15. LELA SARI
16. MUHAMMAD ROIS RINALDI
17. N.TIRA
18. NOK DJOYORADY IPANK
19. RAJA BAGUS HARIAWAN AGUNG
20. REZKY AGUST SETIAWAN
21. RICKY ADITYANTO
22. RICKY RAMADHAN D
23. SAMAD MAULANA KHAN
24. SULISTYA YUSUF
25. SYUKUR BUDIARDJO
26. TOPAN WAHYUDI ASRI
27. VIDDY AD DAERY @ DRS ANUF CHAFIDDI
28. WAHYU YUDI
29. WIWIK WINDASARI


JEPUN

30. RAHIM GOCHIN ABDULLAH


JERMAN

31. BLITZ MAGIE


MALAYSIA

32. A.REDHA
33. ABD RAZAK REZEKI OTHMAN
34. ABDUL HADI YUSOFF
35. ABDUL KASSIM SALLEH
36. ABI MASRI
37. ADIE ACHIM
38. AHMAD SAFARMAN DOLLAH
39. AHZAN BIN BAKRIN
40. AIDILPUTRA OHNO
41. AIN SOFIA
42. AIZAMIN ABD AZIZ
43. AL FAZLI HMS
44. ALNY LEORA ULIK
45. ARISMA
46. ASIAH ALIZAMAN
47. AZIEYANA AZIZ
48. AZRI YUSOFF
49. AZRIDAH PS ABADI
50. BONDENG ‘FAHBAH’
51. CHU CHUM
52. DATO’ IBRAHIM MOHAMAD
53. DATUK HJ BASHIR DATUK HJ ALIAS
54. DATUK ROZMAN DATUK HJ ISLI
55. DATUK YUNUS HJ KURUS
56. DIN KELATE
57. D-NA’TRAH
58. EZAH NOR
59. FADIL DILAH
60. FATIMAH IBRAHIM @ RAMA-RAMA BINTANG
61. FETRI AZWIN
62. FLORA IXORA
63. FRANCIS LABI
64. GABRIEL KIM
65. HJH HASNAH SAMBAS @ PUTERI SAMBAS
66. HUZAINI HARUN
67. IKHLAS AYU
68. IKHRAM FADHLY MH
69. ILHAMI HISHAM
70. ISMA R.H
71. JALIHA JAMAN
72. JEFF HM
73. JUILIS MOKUJAL
74. KAMARULZAMAN ISMAIL
75. LIM SWEE TIM
76. M. SAADI
77. MAHARATU RAFIDAH MOHAMAD
78. MAKBUL MANANG
79. MARHAMAH @ MAR IA
80. MARINA BANSING
81. MD RAFI ALI HASSAN
82. MARNI ZULKIFLI
83. MIAN MYA
84. MOHD AZAMUDDIN ISMAIL
85. MUHAMMAD AMIN BIN BACHO
86. MUHAMMAD FARIZUWAN DAUD
87. MUR NEE
88. N ATHIRAH AL-LABUANI
89. NORGADIS LABUAN
90. NORIKA KADIR
91. NORJANNAH MA
92. NORLIZAH MOHD YASSIN @ MAWAR PUTIH
93. NORM NORMAN MOHD YUSOFF
94. NOYA BM
95. NUR SAKINAH ABD MALIK
96. OTHMAN MAHALI
97. PUTERI MAHSURI
98. RAMLAH ABD RASID
99. REVYLONOU
100. REZAL PAWANA
101. ROZELINE VITALIS
102. ROZLIN ADRENALIN
103. SABAHUDDIN SENIN
104. SAIFUL GHAZALI
105. SALMAN MAMING
106. SAMSA HARRIS
107. SANI LA BISE
108. SANIAH MASRI
109. SHAHANA NATASHA HANAFI
110. SHARRUL RIZAL HASHIM
111. SOSONJAN A.K @ SUTERA KALBU
112. SRI MAWAR
113. SUILI BAKAR ANS
114. SUNITA SAHIDIN
115. SUTIARA AISAUMAIRA
116. SUZANNAH JJ
117. SYAMSUL QHOMAR
118. T.MUHRIZ
119. TALIB SAMAT
120. TARNIDI TAMIN
121. TUNZA
122. WAHASBI
123. WAN NUR AZREEN WAN AZAMI
124. YATIM AHMAD
125. ZAIN A.M
126. ZAITON AJAMAIN
127. ZARIL ALI
128. ZULKIFLI ZIN


PERANCIS

129. SHAMREEZ RAJA FAISAL


RUSIA

130. VSTRYAKHIVAYET


SINGAPURA

131. ANIE DIN
132. IMRAN A.NASUTION
133. NOOR AISYA


THAILAND

134. DAWOOD PUTEH
135. PHAOSAN JEHWAE


UNITED STATES OF AMERICA

136. VANESSA LILIAN RICHARSON