MAHARATU RAFIDAH MOHAMAD

SEMUANYA UNTUKMU

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MAHARATU RAFIDAH MOHAMAD. SEMOGA GEMBIRA HENDAKNYA DAN SEMUANYA UNTUKMU.

Tuesday, 25 December 2012

CERPEN BLOG : REMY & NORA oleh AIDILPUTRA_OHNO


            Kokokan ayam kedengaran memecah sunyi di pagi hari, membuatkan tidur yang lena  tiba-tiba terjaga. “Allahuakbar.” Suara itu kedengaran dari dalam bilik. “Kriuk!” Kedengaran bunyi pintu yang usang terbuka dari sebuah rumah lama yang terletak tidak jauh dari simpang jalan. Sepasang kaki tua yang kelihatan berkedut keluar dari pintu perlahan-lahan melangkah bendul pintu lalu memijak anak tangga satu persatu penuh tertip sehinggalah sampai turun menjejak bumi.   
            “Syiuk… Syiuk…” Kedengaran pula bunyi lidi menyapu daun-daun yang gugur di halaman rumah. “Assalammualaikum Nek.” Tiba-tiba, “eh… eh… Ni cerita apa yang korang mengarut ni, ah? Bukan cerita ni tentang kisah cinta Nora dengan Remy kah? Apasal watak orang tua ni boleh masuk dulu ni bukan cerita bab lain kah?”
            Oppss… Maaflah editor salah bab. He… he…
            Inilah kisahnya iaitu kisah dua insan berlainan watak seorang perempuan tapi perangai macam haiwan.
            “Hei… Cakap tu biar sopan sikit tau, apa awak ingat saya ni kucing? Saya saman baru tahu haa…”
            Oppss… Maaflah tersalah taip maksud saya perangai macam jantan. He… he...
            Nora atau Norainie adalah seorang gadis  kampung yang ayu dan menawan. Nora adalah anak kepada Pak Salleh, Ketua Kampung Kuala Pahang. Nora juga cukup terkenal dengan sikap ‘samseng’. Namun dia mempunyai sebab kenapa bersikap seperti itu. Jom kita ikuti kisahnya.
            “Hei… Pantang keturunan aku, kaum sejenis aku dipermain-mainkan, Jannah! Siapa jantan yang mempermain-main awak cepat beritahu aku.”
            “Si… Si…” Gugup Jannah memberitahu. “Si… Has… Hashim.”
            “Apa Hashim playboy tu?”
            “Ya…” Jawab Jannah.
             “Kau dah tahu dia tu playboy yang kau gatal nak sangat kat dia tu kenapa?” Bentak sekali lagi bercampur geram.
             “Se…” Gugup lagi Jannah memberitahu. Jannah cuba mengukir senyuman. “Sebab dia kacak, macho.” Ketawa Jannah kecil dan menyengetkan bibirnya ke kiri.
            “Dan berlagak!” Sampuk Nora. “Apalah perempuan sekarang pantang nampak jejaka tampan, semua nak bagi. Sampai maruah pun tergadai. Seronok sama-sama tapi sakit sendiri-sendiri. Ah… beranak esok buang dalam tong sampah.” Nora mencemuh kata. Jannah membisu. “Bagaimana geng kita ajar si Hashim?” Nora menanyakan pendapat ahli kumpulannya. Mereka berpandangan sesama sendiri. “Aku tahu kamu semua mesti setuju.” Mereka mengangguk mengiyakannya. “Bagus. Macam tu Jannah cepat bawa kami jumpa dia.”
            Haa, itulah sebabnya kenapa Nora bersifat macam jantan di kampungnya. Nak tahu nama gengnya apa? Geng Bas Sekolah? Tu geng budak-budaklah. Tak ada ‘stail’ betullah. Nama geng mereka adalah Srikandi. Kan dah namanya pembela wanita mestilah kena pada tempatnya.
            Kisah kedua adalah mengenai Remy atau nama sebenar Mohd Remy. Teruna tunggal dan anak bongsu dari tiga orang anak Pak Akop, seorang guru pencen. Remy orangnya kacak, peramah, baik dan lemah lembut tapi taklah dia ni ‘mat pink’. Cuma kerektornya saja lembut tapi ‘macho’ dan di pipi kirinya ada lesung pipit. Remy tak seperti Nora hidup dalam pengangguran. Remy berkelulusan universiti di dalam bidang pendidikan, kerana dia mengikut jejak langkah ayahnya. Remy telah dihantar untuk mendidik anak bangsa di kampung Kuala Pahang iaitu di SMK Indera Shahbandar di daerah Pekan Pahang yang juga kampung Nora.
            Eh… Apa yang kecoh-kecoh dekat gerai Pak Leman tu? Jom kita pergi sana.
            “Woi Hashim apa yang kau dah buat pada si Jannah ni, ah?” Nora menyoal Hashim dalam keadaan bengis.
            Oh… rupanya si Nora dengan gengnya tengah menuntut keadilan.
            “Ak… Ak… Aku tak buat apa-apapun dengan dia.” Jawab Hashim dalam keadaan cemas.
            “Bohong!” Nora mengherdik.
             “Sumpah! Aku tak buat apa-apa dengan dia.” Hashim sekali lagi menafikan perbuatannya.
             “Habis kenapa si Jannah menangis teresak-esak bila kami jumpa dia tadi?” Nora terus mendesak Hashim supaya bercakap benar.
            “Manalah aku tahu?” Jawab Hashim mengangkat bahunya.
             “Okey kalau macam tu aku panggil si Jannah ke mari.” Sambil melambai-lambaikan tangan memberikan isyarat kepada si Jannah supaya datang ketempat di mana dia dengan si Hashim berada.
             “Ah… Jannah kata Hashim dia tak buat apa-apa pada kau.” Nora berpaling ke muka Jannah terus bertanya.
             “Dia bohong kak Nora, dia cuba nak menodai saya.” Dengan suara teresak-esak Jannah menjawab
             “Apa Jannah? Dia nak nodai kau? Kurang ajar punya jantan! Nah… ambil ni!” Penumbuk sulong Nora singgah ke mata Hashim tanpa rasa malu.
             “Adoii!” Hashim menjerit merasa kesakitan. Lepas itu serangan kedua dari Nora pun menyusul dengan kerusi gerai Pak Leman hinggap dekat belakang Hashim lalu dia pun tertewas tanpa serangan balas. Begitulah kisahnya pertarungan Nora dan Hashim macam pertarungan dalam cerita Nilapura.
            Remy telah mendaftar diri di SMK Indera Shahbandar “Cikgu Remy selamat datang ke sekolah kami.” Pengetua SMK Indera Shahbandar bersama-sama kakitangan dan guru-guru  menyambut kedatangan Cikgu Remy dengan senyuman di dalam pejabat sekolah.
            “Terima kasih Tuan Pengetua dan cikgu-cikgu semua kerana sudi menerima saya menjadi keluarga di sekolah ini.” Jawab Remy dengan penuh senyuman manis.
            “Cikgu Sahari bawa Cikgu Remy ke bilik guru dan tunjukkan tempatnya.” Pengetua SMK Indera Shahbandar memberi arahan kepada Cikgu Sahari.
            Remy pun terus beredar meninggalkan pejabat menuju ke bilik guru. “Cikgu Remy ini tempat duduk awak.” Cikgu Sahari menunjukan kerusi dan meja cikgu Remy.
            “Terima kasih cikgu.” Senyum Remy kepada Cikgu Sahar.
             “Ah… nama saya Sahari.” Cikgu Sahari memperkenalkan dirinya kepada Remy. Cikgu Sahari atau Sahariuddin Mohd Salleh seorang guru sejarah berkulit sawo matang berbadan kurus tinggi lampai adalah juga guru disiplin sekolah tersebut.
             “Terima kasih Cikgu Sahari.”
             “Sama-sama.” Jawab Cikgu Sahari dan mereka berdua berbalas senyuman sebagai tanda mereka akan bekerjasama dalam membangunkan sekolah itu kelak.
            Ketika ini ada sesuatu yang berlaku di rumah ketua kampung yang nampaknya gamat sekarang. Apa yang telah terjadi? Jom heboh! Eh… Jom heboh plak. Maksud saya, jom pi tengok, macam cakap orang utara.
             “Tok! Oh Tok!” Emak Hashim, Makcik Kiah bersama Hashim dalam keadaan luka parah di usung oleh beberapa orang kampung menjerit-jerit di luar rumah ketua kampung.
             “Ya… Saya datang ni. Ada-ada saja orang kampung ni nak bermanja-manja dengan isteri sekejap pun tak dapat. Ah… Ayang, Ling nak keluar dulu kejap.”
            “Eh… dah buang tebiat ke apa orang tua ni…” Isterinya bersuara menyampah.
             “Assalamualaikum Tok.”
             “Waalaikumsalam.” Jawab Tok  Ketua. “Ah, apahal korang ramai-ramai datang di rumah aku ni? Tu siapa plak berbungkus bangkai macam nangka tu?” Tanya Tok Ketua kepada orang kampung.
             “Anak aku Tok.” Jawab salah seorang yang berada di halaman rumah Tok Ketua. Suara itu datang dari mulut Makcik Kiah, emak si Hashim yang kini dalam keadaan menangis teresak-esak.
            “Oh awak Kiah… Ah, kenapa dengan anak kau tu parah aku nampak?” Tok Ketua bertanya sambil menggaru-garu dahinya dalam kebingungan.
             “Semuanya berpunca dari anak Tok Ketualah ni kenapa anak aku jadi macam ni.” Jawab Makcik Kiah. “Apa? Anak aku puncanya?” Tok Ketua tambah bingung. “Apa yang si Nora lakukan terhadap anak kau Kiah?” Tanya Tok Ketua lagi.
            “Apalagi Tok dia dengan geng-gengnyalah Tok punya angkara dibelasahnya anak aku sampai jadi macam ni.” Jelas Makcik Kiah dalam keadaan geram.
            “Eh… budak ni makin menjadi-jadi perangainya. Beginilah Kiah biar serahkan kepada aku hal ni. Tahulah aku mengajarnya nanti. Tentang perubatan anak kau tu, biar aku jelaskan bilnya.” Tok Ketua memberi penjelasan dengan nada kesal. “Bersurailah kamu semua. Assalammualaikum.” Tok Ketua mengakhiri kata-katanya petang itu.
            “Waalaikumsalam.” Jawab orang kampung. Kasihan Tok Ketua ada anak dara tapi perangai sebiji macam jantan.
            Jam di dinding menunjukkan tepat jam satu petang. Masa di sekolah cepat sangat berlalu. Remy mengemas buku-buku pelajarnya ke dalam beg untuk di semak bila berada di rumah nanti. Remy pun bergerak menuju ke kereta sambil diperhatikan sepasang mata tidak jauh dari tempat dia memarkirkan keretanya.
            Rupa-rupanya ketampanan wajah Remy telah mencuit hati salah seorang pelajar perempuan di sekolah itu. Mestilah perempuan tak kan lelaki pulak nanti ke lain pulak jadinya. Pelajar tersebut bernama Aminah. Pelajar tingkatan enam namun Remy tidak mengajar di kelas tersebut.
            Aminah anak kepada Senah seorang janda kaya di kampung Kuala Pahang. Senah terkenal bukan kerana dia janda kaya tapi kerana beliau memiliki sebuah butik pengantin di kampung itu. Semua urusan perkahwinan dari hantaran, andaman sehinggalah majlis perkahwinan dan katering dialah yang menguruskannya. Boleh dikatakan kehebatan Senah bukan sahaja di kampungnya malah di kampung lain jugak tahu akan kehebatannya kerana semua majlis perkahwinan kendaliannya amat berjaya.
            Remy memulakan pejalanan pulang ke rumah dengan nada yang gembira. Sedang dia memutar stering kereta untuk membelok ke kiri tiba-tiba Remy terlanggar sesuatu didepan.
            “Adoi! Sakitnya nasib baik aku tak mampus.” Jerit Nora kesakitan akibat langgaran kereta si Remy. “Woi butakah? Kurang ajar punya budak! Nanti kubelasah kau!” Gertak Nora. Remy yang terkejut apabila merasakan yang dia terlanggar seseorang terus keluar dari dan meluru ke arah Nora.
            “Cik tak apa-apa?” Nora dalam keadaan geram mengangkat mukanya tiba-tiba seperti hari itu berhenti mendadak. Nora menelan air liur paksa.
            “Oh, abang saya tak apa-apa.” Dengan nada lembut Nora menjawab pertanyaan Remy. Mana tidaknya melihat ketampanan wajah si Remy itu, hilang segala rasa marah, benci dan geram yang sebenarnya tadi sudah pun meletup.
            “Betul kah Cik…”
             “Nama saya Norainie panggil je Nora.” Cepat Nora menyambut kata Remy. Remy tersenyum kecil.
             “Oh Cik Nora.” Nora terkebil-kebil senyum. Remy masih mengulum senyumnya. “Nama saya Mohd Remy. Cik Nora boleh panggil dengan nama Remy.” Nora cepat sahaja menggangguk. “Betulkah Cik Nora tak apa-apa?”
             “Oh Remy nama awak.” Nora tertawa kecil. “Saya tak apa-apa.”
            “Tak nak saya bawa Cik Nora ke klinik?” Remy masih bertanya dengan keadaan Nora.
             “Tak apa-apa. Tak ada yang serius.” Nora tertawa kecil lagi. Lagaknya seperti pepatah Melayu. Malu-malu kucing di depan Remy.
            “Kalau macam tu saya hantar awak pulang rumah awak. Bagaimana?” Remy mempelawa Nora untuk menolong membawanya pulang ke rumah
             “Terima kasih saja Remy. Saya boleh pulang sendiri.” Jawab Nora dengan senyuman.
            Nampaknya Nora telah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang jejaka tampan seperti Remy. Perempuan mana yang tak jatuh cinta dengan ketampanan Remy. Remy mengangguk dan meninggalkan Nora seorang di tempat kejadian dengan rasa sebal kerana melanggar seorang gadis cantik seperti Nora yang belum pernah dia ke temu sebelum ini. Jauh di sudut hatinya telah terpaut dengan Nora namun apakan daya dia tidak mungkin akan berjumpa lagi di sebabkan, dia terlupa meminta nombor telefonnya dan begitu jugalah dengan Nora.
            Sementara di rumah Nora, ayah serta ibunya sedang menunggu dia balik. “Mana sudah budak bertuah ni?” Tok Ketua iaitu ayah Nora bertanya dalam keadaan marah.
            “Alah… Abang ni. Kejap lagi dia baliklah tu. Bersabar. Istigfar banyak-banyak.” Emak Nora iaitu Mak Minah cuba menenangkan suaminya yang tengah marah.
            “Apa pendapat maknya jika kita kahwinkan anak kita tu dengan sepupunya tu si Doll anak Dato Zen?” Ayah Nora bertanyakan pendapatnya kepada isterinya.
            “Molek juga tu bang sekurang-kurangnya dia terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri terhadap suaminya. Taklah dia sibuk dengan hal orang lain.” Jawab Mak Minah setuju dengan cadangan suami itu.
             “Assalammualaikum…” Suara memberi salam datang dari luar rumah Ketua kampung. Suara misteri itu memecah kebuntuan tok ketua bersama isterinya di dalam rumah.
             “Waalaikumsalam.” Jawab Tok Ketua.
            “Siapa tu bang?” Mak Minah bertanya kepada suami.
            “Tak tahulah. Suara tu tak pernah Abang dengar.” Jawab Tok Ketua penuh persoalan.
             “Assalammualaikum.”
            “Waalaikumsalam.” Jawab Tok Ketua perlahan-lahan membuka pintu kemudian terlihat satu susuk tubuh yang tegap berkulit cerah dan berwajah kacak sedang berdiri di depan pintu rumah Tok Ketua sambil tersenyum manis.
             “Nora… Tunggu kejap.”
             “Oh… kau Jenap. Apahal?” Jenap adalah teman rapat Nora dan juga rakan geng Srikandi.
             “Eh… Siapa budak tadi tu?” Jenap bertanya sambil menyinggul bahu Nora.
             “Budak yang mana?” Nora berasa keliru tentang pertanyaan Jenap.
             “Alah budak yang tegur masa kau terjatuh dari motor ni?”
             “Aku tak terjatuhlah dia yang langgar aku tadi.”
             “Oh… macam tu. Habis kau ok ke?” Jenap bertanya dalam kerisauan.
             “Tak ada apa-apa aku ok je nasib baik dia tak langgar kuat kalau tak dah arwah aku tadi.”
             “Choi! Janganlah cakap macam tu.” Jenap menyampuk. “Habis kau belasahlah dia?”
             “Taklah lagipun salah aku jugak. Aku masuk jalan tu dengan gelojoh.” Nora memberi jawapan semua soalan Jenap.
             “Oh macam tu. Kacak juga orangnya kan Nora. Siapa nama budak tu Nora?”.
            “Remy.” Nora memberitahu nama budak tu Jenap.
             “Oh Remy… Macho jugak namanya. Apa dia buat kat kampung kita ni Nora?” Jenap terus bertanyakan perihal si Remy.
             “Kau ni Jenap banyak tanya macam wartawan pulak kau. Pergilah tanya dia sendiri. Sudahlah aku nak balik rumah dulu nanti bising pulak orang tua aku.” Nora terus menghidupkan enjin motornya.
             “Eh sikit tanya pun nak marah.”
             “Sikit kau cakap? Sudahlah aku chow dulu.” Nora menyampuk dan terus membawa motornya pergi meninggalkan Jenap keseorangan di sana.
Di rumah Tok ketua pulak misteri kedatangan seorang lelaki akhirnya diketahui apabila tok ketua membuka pintu rumahnya dan menjenguk keluar. “Waalaikumsalam oh awak Doll masuklah.” Rupanya lelaki misteri tu si Doll atau nama sebenarnya Dollah, anak buah Tok ketua yang mereka suami isteri sebut-sebut dalam perbincangan tadi untuk menjadi menantu mereka.
            “Apa khabar Pak Long sekeluarga?” Doll menanyakan keadaan Tok ketua sekeluarga sambil bersalaman dan mencium tangan Pak Longnya itu.
            “Alhamdulillah kami sekeluarga sihat. Ayah kamu apa khabarnya?”
            “Alhamdulillah sihat juga Pak Long. Dia kirim salam Pak Long sekeluarga.” Doll menjawab pertanyaan pak longnya penuh senyuman sambil membuka kasutnya di tangga rumah itu.
            “Waalaikumsalam..” Jawab Tok ketua tanda menerima salam adiknya yang di titipkan melalui anak saudaranya itu.
            “Oh kau Doll.” Mak Minah menegur Doll di depan pintu.
            “Apa khabar Mak Long?” Doll menanyakan Mak Longnya.
            “Alhamdulillah sihat. Eh… Doll jemputlah masuk. Pak Longnya pun satu tak pelawa Doll masuk.” Mak Minah menjawap pertanyaan Doll sambil menegur suaminya.                       “Duduklah Doll.” Mak Minah mempelawa anak saudaranya duduk.
            “Terima kasih Mak Long.” Doll menerima pelawaan Mak Longnya dengan senyuman sambil meletakkan punggungnya di atas sofa yang berwarna kelabu itu.
            “Ah… Doll berbuallah dulu dengan Pak Long kau. Mak Long nak ke dapur buat air minum kejap.” Mak Minah terus meninggalkan suaminya bersama anak saudaranya di ruang tamu menuju ke dapur.
            “Ah… Doll bila kau balik dari UK?” Tok Ketua bertanya sambil menghidupkan api di rokok paipnya.
            “Hari selasa minggu lepas Pak Long.” Doll menjawab sambil mata berkeliaran melihat sesuatu seperti ada yang dicarinya lantas ada suara menegurnya.
            “Kenapa Doll? Apa yang kau jenguk-jenguk tu?” Suara itu datang dari Mak Minah yang sedang membawa air minuman dalam dulang menuju ke tempat mereka berbual.
            “Tak adalah Mak Long. Cuma mencari si Nora. Dari tadi tak nampak batang hidungnya. Dia ke mana Mak Long?” Doll cuba berkalih tingkah.
            “Tak tahulah Doll. Daripada pagi tadi sampai sekarang tak balik-balik lagi.” Mak Minah menjawap soalan Doll dengan nada gelisah.
            “Macam tulah Doll perangai anak Pak Long. Susah nak lekat lama di rumah ada je dia nak buat.” Tok Ketua menambah jawapan.
            “Oh macam tu ke Pak Long.” Doll mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.
            “Ah… Doll jemputlah minum.” Mak Minah menjemput Doll minum.
            “Doll balik Malaysia kali ni lamakah?” Pak Long bertanya lagi.
            “Tak lama Pak Long ni pun saya balik nak menjemput Pak Long dan Mak Long ke majlis perkahwinan saya…”
            “Apa? Kahwin?” Mak Minah dan Tok Ketua terkejut beruk mendengar penerangan tujuan Doll balik ke Malaysia.
            “Kenapa Pak Long? Mak Long?” Doll merasa hairan reaksi Pak Long dengan Mak Longnya apabila dia menyebut majlis perkahwinan.
            “Tak ada apa-apa Doll. Cuma kami terkejut gembira bila mendengar berita yang kau bawa.” Mak Minah cuba menyembunyikan rasa kecewanya kerana kempunan nak berbesan dengan anak Dato Zen iaitu adik iparnya iaitu adik kepada Tok Ketua.
            “Bibila… Majlisnya Doll? Dan-dan orang mana bakal isterimu?” Tok Ketua bertanyakan sambil bercakap tergagap-gagap.
            “Ni dia gambarnya Pak Long, Mak Long di kad jemputan majlis persandingan Ahad ni.” Doll menunjukkan kad jemputan kepada Pak Longnya kemudian kepada Mak Longnya pulak.
            “Wah… Cantiknya minah salleh pilihanmu ni Doll. InsyaAllah kami datang.” Mak Minah tersenyum melihat gambar gadis pilihan anak saudaranya sambil di dalam hati kecilnya rasa kecewa amat sangat sebab gadis itu bukan anaknya walaupun mereka rapat sejak kecil.
            Sementara di luar rumah Tok Ketua. Nora yang baru sampai merasa hairan melihat sebuah kereta warna hitam berjenama Mercedes Benz parkir di halaman rumahnya. Nora perlahan membawa motornya menggelilingi kereta tersebut. Di hati kecilnya berkata, ‘kereta siapakah ni? Tentu tuannya berada di dalam rumah.’ Nora tanpa mahu fikir banyak, terus naik ke rumahnya dan memberi salam “Assalammualaikum. Mak… Ayah…”
            “Waalaikumsalam.” Jawab mereka yang berada di dalam serentak.
            “Ah… baru nak pulang anak bertuah ni.” Mak Minah menegur Nora.
            “Eh… Abang Doll kan?” Nora bertanya kepada jejaka yang berada di ruang tamu bersama-sama dengan Mak dan Ayah.
            “Ya, Nora.” Doll menjawab penuh senyuman.
            “Bila abang sampai dari U.K?”
            “Selasa lepas Nora.”
            “Oh macam tu. Jadi abang balik teruslah?”
            “Tak abang tengah cuti semester dan juga abang balik kali ni pun sebab abang nak kahwin.” Doll menerangkan tujuan dia balik ke Malaysia kepada Nora.
            “Kahwin!” Nora terkejut sambil tergelak kerana tak percaya apa yang di katakan oleh Doll. “Tapi dengan siapa abang kahwin?”
            “Ni kadnya Nora.” Doll memberikan kad jemputan kahwinnya kepada Nora.
            “Wah cantiknya bakal isteri Abang ni. Tahniah Abang.” Nora memberikan salaman tangan kepada Doll tanda gembira.
            “Terima kasih Nora. Jangan lupa datang ya Nora.” Doll menjemput Nora ke majlis perkahwinannya.
            “InsyaAllah, Abang.”
            “Mak Long… Pak Long… Nora, saya balik dulu dah lewat ni nanti lambat pulak sampai rumah.” Doll meminta diri untuk pulang.
            “Baiklah Doll hati-hati bawa kereta tu.” Tok Ketua menasihatkan anak saudara.
            “Assalamualaikum semua.” Doll mengucapkan salam lalu menutup pintu kereta sambil menghidupkan enjin.
            “Waalaikumsalam…” Mereka serentak membalas salam Doll. Kereta Doll perlahan-lahan bergerak meninggalkan halaman rumah Tok Ketua lalu Doll membunyikan hon keretanya dan terus memecut meninggalkan mereka.
            Siang melabuhkan tirainya digantikan pula waktu malam di kala ini Mak Odah iaitu Mak Remy sedang sibuk menyiapkan makan malam manakala Remy yang berada di ruang tamu sedang sibuk menyemak buku-buku pelajarnya tiba-tiba satu suara menegurnya ketika asyik berulit dengan buku.
            “Ha Remy macam mana dengan sekolah tu?” Rupanya suara itu adalah suara ayahnya.
            “Oh Ayah, bolehlah tahan tapi Remy tak tahulah macam mana nanti, sebab baru hari pertama Remy mengajar.”
            “Baiklah Remy berusaha. Mungkin seronok mengajar di sana nanti, sebab biasanya hari pertama memang macam tu kita merasa bosan, lama-lama kita akan seronok dan rasa sayang pulak nak meninggalkan sekolah tersebut bila kita ditukarkan nanti.”
            “Oh macam tu kah Ayah. Tapi macam mana Ayah tahu Remy berasa bosan? Sedangkan Remy tak cerita pun dekat Ayah.” Remy merasa hairan kenapa ayahnya dapat membaca fikirannya.
            “Remy…” Ayah menggelengkan kepalanya bersahaja. “Ayahkan bekas guru tambahan lagi kau tu kan anak Ayah, mestilah Ayah tahu semuanya. Sudahlah tu jom kita makan malam. Mak kamu tengah tunggu kita kat dapur tu.” Ayah Remy menerangkan kepada Remy macam mana dia dapat tahu perasaannya sambil mengajaknya makan malam bersama-sama.
            “Baiklah Ayah.” Jawab Remy.
            Suasana di malam hari semakin gelap disebabkan ketiadaan bulan yang mengambang. Sekujur tubuh sedang baring di atas kerusi sofa sambil sepasang kaki bergoyang-goyang dan lantas sahaja ditegur oleh Mak Minah. “Astagfirullahallazim Nora… Nora apa nak jadi dengan kau ni, ah? Cubalah kau duduk elok-elok sikit, kau tu anak dara sopanlah sikit.”
            “Ala Mak ni lecehlah… Relakslah.” Nora menjawaB sambil meneruskan caranya tadi.
            “Eh… Bangunlah duduk betul-betul. Inilah budak zaman sekarang. Didikan agama cukup tapi, didikan ahklak kurang langsung tiada sahsiah diri alangkah bagusnya jika pendidikan sivik tu diajar balik di sekolah, taklah budak sekarang ni kurang moral.” Mak Minah meleter anak daranya dan Nora hanya berdiam saja namun mulutnya terkemut-kemut mengejek kata emaknya. “Eh… Nora. Kau dah buat apa dengan anak si Kiah tu sampai teruk berbungkus bangkai?”
            “Apa Mak? Macam mana Mak tahu Nora yang belasah si Hashim tu?” Nora terus bangun dan duduk sambil merasa pelik perkara mengenai dia membelasah si Hashim itu di ketahui oleh emaknya.
            “Macam mana Mak tak tahunya. Dah si Kiah bersama-sama orang kampung serta anaknya yang kau belasah tu turut di usung sekali datang ke rumah kita ni tengahari tadi menuntut keadilan.” Mak Minah menerangkan dengan sejelas-jelasnya bagaimana dia mengetahuinya.
            “Sampai macam tu sekali Mak…” Nora ketawa terbahak-bahak kerana merasa lucu mendengar penjelasan emaknya.
            “Eh budak ni orang beritahu dia ketawa pulak.” Mak Minah pelik dengan perangai anaknya. “Jangan kau ketawa nanti Ayah kau balik dari masjid tahulah dia mengajar kau Nora.” Mak Minah menakutkan anaknya.
            “Apa Mak? Ayah pun tahu hal ni juga? Alamak… Kalau macam tu Nora masuk tidur dululah Mak sebab Nora dah ngantuk sangat dah ni.” Nora cuba mengelak dari berjumpa ayahnya dengan memberikan alasan hendak tidur.
            “Ah… nak mengelaklah tu. Nora bilalah kau berubah perangai?” Mak Minah mengelengkan memikirkan sambil bercakap sendiri.
            “Assalammualaikum.”
            “Waalaikumsalam. Oh Abang.” Mak Minah menjawap salam sambil membuka pintu dan mengetahui orang yang memberikan salam itu adalah Tok Ketua iaitu suaminya.
            “Nora mana Ayang?” Tok Ketua bertanya anaknya sama Mak Minah.
            Ada di dalam biliknya tu ah, dah tidur agaknya.” Mak Minah memberitahu suami.
            “Tidur ke mengelak?” Tok Ketua menyindir anaknya di luar pintu biliknya.
            “Biasalah tu Bang. Abang bukan tak tahu perangai si Nora tu. Abang nak makan?” Mak Minah bertanya sambil memanaskan lauk-pauk di dapur.
            “Tak naklah Ayang, Abang dah makan di gerai tadi si Mokhtar belanja sebab pasukan bolasepak kita menang lawan kampung Felda petang tadi.”
            Di dalam bilik Nora hanya berdiam diri sahaja sambil mendengar perbualan orang tuanya. ‘Emm... Kacak sungguh si Remy tu. Sayangnya dapatkah aku bertemu dengannya lagi?’ Di hati kecil Nora sedang berkata sambil memikir peristiwa dia dilanggar oleh Remy petang tadi. Itulah Nora walaupun berwatak seperti lelaki namun jiwanya masih bersifat kewanitaan.
            Malam semakin larut. Lampu di bilik Remy masih terang. Pintu bilik Remy diketuk. “Remy tak tidur lagi ke tu?” Mak Remy bertanyakan anaknya.
            “Belum Mak. Kenapa Mak?” Remy menjawab pertanyaan Maknya.
            “Tak ada apa-apa Remy. Mak tanya saja dah lewat ni kenapa tak tidur lagi?”
             “Kejap lagi Mak.”
            “Baiklah nak tapi janganlah lewat sangat nanti lambat pula bangun. Selamat malam.” Mak Odah terus beredar.
            “Selamat malam juga Mak.” Di fikiran Remy masih terbayang wajah ayu Nora berseluar jeans berbaju T berwarna hijau. Di dalam hatinya seakan-akan telah jatuh cinta pandang pertama terhadap Nora namun di hati kecilnya amat kecewa, kerana masa memisahkan mereka belum sempat mengenali antara satu sama lain. Ah! Itulah membuatkan matanya tidak mengantuk dan terus terjaga. “Anak siapakah gadis itu?” Itulah yang sedang bermain-main di fikiran Remy sehinggalah dia terlelap tanpa mematikan suis lampu biliknya.
            Kokok ayam memecah keheningan pagi. Remy bangun mencapai tuala lalu mandi. “Selamat pagi Mak, Ayah.” Remy mengucapkan salam pagi kepada kedua-dua orang tuanya lalu menghabiskan sarapannya sebelum pergi bekerja. Di luar rumahnya seperti biasa Remy, akan menegur seorang wanita tua di depan rumahnya yang sedang membersihkan halaman rumah. “Assalamualaikum Nek.” Remy memberi salam kepada Nenek Siah.
            “Walaikumsalam Cu.” Nenek Siah menyahut salam Remy sambil mengayun-ayunkan penyapu lidi di atas tanah.
            “Nenek sihat?”
            “Alhamdulillah Cu nenek sihat. Wah nampak segak Cu hari ni. Cu dah mula bekerja kah?” Nenek Siah bertanya sambil duduk di tangga rumahnya.
            “Ya Nek. Remy dah mula kerja. Remy mula menjadi seorang pendidik hari ini Nek.” Remy menjawab pertanyaan Nenek Siah sambil melemparkan senyuman berlesung pipit.
            “Wah dah dewasa Cu sekarang. Dulu Cu segak berpakaian seragam sekolah dan sekarang segak pula berpakaian kemeja malah bertambah kacak macam Aaron Aziz. Ramailah anak-anak dara terpikat dengan Cu nanti.” Nenek Siah memuji sambil mengusik Remy.
            “Wah boleh tahan Nenek. Pelakon nama Aaron Aziz pun Nenek tahu ya.” Remy tertawa kecil. “Taklah Remy kacak macam si Aaron Aziz tu Nek. Remy biasa aje. Kalau ada anak dara yang nak pikat Remy, Remy akan tolak dan Remy akan kata, Remy dah ada yang punya.”
            “Oh Remy dah ada calon? Siapa orangnya? Boleh Nenek tahu?” Nenek Siah terkejut rupa-rupanya cucunya itu sudah ada buah hati.
            “Nenek nak tahu siapa orangnya?” Remy tertawa lagi. “Neneklah orangnya.” Remy cuba bergurau dengan Nenek Siah.
            “Issh… Cu ni ada-ada sajalah.” Muka Nenek Siah bertukar merah kerana malu dek kerana usikkan Remy.
            “Oklah Nek, Remy jalan dulu. Assalammualaikum Nek.”
            “Waalaikumsalam Cu. Hati-hati bawa kereta  tu.” Nenek Siah berpesan kepada Remy sentiasa menjaga keselamatan diri.
            “Baiklah Nek.” Remy pun mengerakkan keretanya lalu meninggalkan rumahnya serta Nenek Siah.
            Dalam perjalanan menuju ke sekolah, Remy terlihat dari jauh di depan arah bertentangan jalan ketika berada di simpang masuk ke Kampung Kuala Pahang, Dia ternampak kelibat seperti gadis yang dia terlanggar semalam, namun masa tidak mengizinkan untuk dia bersua sebab waktu persekolahan hampir bermula. Remy terus membelokkan keretanya ke kiri sedangkan Nora pulak membelok ke kanan menuju ke rumah Jenap.
            “Assalammualaikum Jenap.” Laung Nora setiba di laman rumah Jenap.
            “Walaikumsalam Nora. Ah… apahal kau datang pagi-pagi ni?” Jenap terkejut melihat Nora awal-awal pagi dah singgah ke rumahnya.
            “Takda apa-apa.” Nora menjawap pertanyaan Jenap, sambil tanganya memetik-metik kuntum-kuntum bunga di halaman rumah Jenap.
            “Mustahil takda apa-apa kalau tak, dah tentu kau tak berada kat sini awal-awal pagi.” Jenap masih tidak puas hati dan terus bertanya.
            “Jenap aku rasa kau ni sesuai jadi seorang wartawanlah.”
            “Apasal pula kau kata aku macam tu?” Jenap merasa hairan kenapa Nora mengatakan dia sesuai jadi wartawan.
            “Sebab kau banyak tanyalah. Sebab tu aku kata macam tu.” Nora memberikan jawapan kepada Jenap.
            “Oh ya kah? Menjadi seorang wartawan kerja dia bertanya sajalah?” Jenap cuba memahami maksud Nora.
            “Jenap… Oh… Jenap. Mana sudah budak bertuah ni?” Mak Jah memanggil anaknya di dapur.
            “Ya, Mak. Jenap datang ni. Eh… Nora Mak aku panggil. Jom kita pergi dapur.” Jenap mengajak Nora ke dapur rumahnya.
            “Jenap mana kau letak tepung kastard Mak?” Mak Jah bertanyakan anaknya mengenai tepung kastard sambil mencari-cari.
            “Jenap tak tahulah Mak sebab setahu Jenap kita mana ada tepung kastard cap ‘MAK’?”
            “Astagfirullallazim… Jenap… Jenap… Bila pula Mak cakap macam tu” Mak Jah menepuk dahi terus beristigfar dengan kedunguan anaknya.
            “Oh… Jenap ingat Mak ada brand lain… Ni… laci kat bawah ni. Mak nak buat apa dengan tepung ni?” Jenap dah bermula bertanya.
            “Mak nak buat kuih.”
            “Kuih apa Mak?”
            “Kuih bingka.”
            “Bingka apa Mak?”
            “Aduyai… budak ni kuhempuk kang dengan penggeleng kuih ni. Sudah! Pergi sana… Kacau betul. Banyak tanya pula. Tak kuasa aku nak menjawab semua soalanmu tu.” Mak Jah terus naik berang apabila Jenap seringkali bertanya dan terus bertanya tanpa henti. Manakala Nora yang juga berada di sana hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua sambil menggelengkan kepala. Macam itulah perangai Jenap bila bersua dengan sesiapa saja dia akan bertanya dan terus bertanya sampai dia puas hati dengan jawapan mereka. Tapi taklah semua orang yang bernama Jenap tu perangainya macam ni, yang ni je macam tu yang lain ok je kot?
            Jam menunjukan tepat jam sepuluh setengah pagi. Loceng sekolah berbunyi menunjukkan waktu untuk rehat. “Baiklah murid sila siapkan kerja rumah yang telah saya berikan dan jangan lupa mengulangkaji. Assalammualaikum.” Remy mengarahkan anak muridnya menyiapkan kerja sekolah yang diberikan di rumah lalu beredar dari situ untuk menuju ke bilik guru. Sepanjang perjalanan dia menuju ke bilik guru, ramai guru-guru yang lalu lalang di depannya senyum-senyum sinis dan ada di antara mereka berbisik-bisik, sambil mentertawakanya.
            “Wah Cikgu baru dua hari kat sekolah ni ada peminat. Bestnyer. Dapat teddybear comel pula tu.” Cikgu Sahari menyapa Remy setibanya di depan pintu bilik guru sambil tersenyum.
            “Teddybear? Peminat? Apa maksud Cikgu?” Remy keliru dan termanggu dengan kata-kata Cikgu Sahar.
            “Ah… Cikgu taulah nanti bila masuk ke dalam”. Cikgu Sahari tertawa sumbang. “Oh, ya… Kita jumpa di bilik staf nanti ada mesyuarat guru-guru jam 12 nanti. Jangan lupa tau.”
            “InsyaAllah Cikgu saya akan hadir.” Remy menjawab sambil menyakinkan Cikgu Sahari dia akan hadir di mesyuarat nanti. Cikgu Sahar terus beredar dari situ meninggalkan Remy.
            Remy pun masuk ke dalam menuju ke tempat duduknya dan cepat sahaja dia terkejut bila sepasang patung teddybear berganding dan di tengah-tengahnya ada bentuk hati bertulis ‘I LOVE U’ berada di atas mejanya dan ada sekeping kad bertulis ayat-ayat cinta.
            Jikaku pandang wajahmu hatiku kan bergelora,
            Jikaku pandang susuk tubuhmu jiwa kehangatan,
            Dan jikaku pandang matamu… Oh… aku tergoda bagai nak gila.
            “Astagfirullallazim…” Remy beristigfar panjang dan berasa geli-gelaman lalu mengoyak-ngoyakkan dan mencampakkan kad tersebut kedalam tong sampah manakala patung teddybear tersebut diberikannya kepada Cikgu Jijah yang duduk di sebelahnya yang tengah sibuk menyemak kerja rumah pelajarnya. Cikgu Jijah terkejut bila Remy menyerah patung teddybear tersebut kepadanya namun tidak berkata sepatah pun hanya mengangkat bahu tanda hairan lalu menyambung kerjanya balik.
            Remy pun bingkas dari tempat duduknya lalu menuju ke kantin sekolah untuk minum pagi. Di hati kecilnya berkata, ‘siapa yang memberikan hadiah tersebut?’ Ada juga terlintas di hatinya muka Cikgu Hamimah. ‘Ah takkanlah pula penolong kanan ada menaruh hati kat aku? Mustahil diakan dah tua. Tahun depan dah nak pencen. Kalau Puan Hasimah kerani tu tak mungkin juga walaupun dia comel macam Dato Siti Nurhaliza tapi dia kan dah bersuami. Ah… jangan-jangan Cikgu Amran. Ah… tak mungkinlah walaupun dia lembut dan bersuara lunak ketika menjadi pengacara tak semestinya dia. Aku mesti siasat siapa pemberi hadiah ni kat aku secara tiba-tiba begini?’ Benar-benar hatinya berbisik mengenangkan kejadian mengejut itu sebentar tadi.
            “Cikgu… Oh Cikgu… Cikgu Remy…” Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila ada suara memanggil namanya. “Aik… Cikgu mengelamun panjang nampak… Tengah fikir apa tu Cikgu?”
            “Oh Cikgu Sahari… Tak apa-apalah Cikgu.” Cikgu Sahari menegur Remy yang sedang mengelamun memikirkan siapa pemberi hadiah tersebut.
            “Cikgu dah tau siapa yang beri hadiah tu?” Cikgu Sahari bertanya Remy sambil mengacau-ngacau kopinya dengan sudu.
            “Belum lagi Cikgu… Nilah saya tengah fikirkan ni.” Remy memberitahu Cikgu Sahari dia masih belum menemui sebarang tanda.
            “Habis Cikgu nak buat apa sekarang?” Cikgu Sahari ingin tahu apa rancangan Remy untuk merungkai misteri hadiah itu siapakah pemiliknya.
            “Bagi Cikgu apa patut saya buat?” Remy minta pendapat Cikgu Sahari apa harus dia lakukan.
            “Macam ni Cikgu bagaimana kalau kita umumkan perkara ni di perhimpunan?” Cikgu Sahari memberikan idea.
            “Mana boleh macam tu Cikgu nanti dah tentu orang tu tak nak mengaku.” Remy tidak bersetuju dengan idea Cikgu Sahari.
            “Kalau tak boleh macam tu apalah Cikgu punya idea?” Cikgu Sahari bertanya pula jika Remy ada idea lain.
            “Setakat ni belum ada lagi Cikgu.” Loceng tanda waktu rehat sudah tamat berbunyi mengejutkan mereka semua di sekolah itu.
            “Ah… Cikgu loceng dah bunyi saya nak naik dulu sebab ada kelas. Assalammualaikum.” Cikgu Sahari meninggalkan Remy seorang diri di kantin sekolah yang terletak di bawah bilik guru tersebut.
            Nora yang berada di rumah Jenap terus berbual di ruang tamu namun perbualan mereka terhenti apabila Mak Jenap iaitu Mak Jah menyampuk dan menghentikan tawa mereka yang sesekali pecah itu. “Amboi-amboi… Rancaknya dua perawan ni berbual. Bincang tentang apa tu? Tentang bagaimana nak berlakikah tu?” Mak Jah menegur sambil menyindir kasar.
            “Takdalah Mak. Kami cuma berpillow talk je.” Jenap menjawab teguran emaknya.
            “Apa? Bercakap dengan bantal? Dah buang tabiatkah apa kamu ni?” Mak Jah jadi keliru dengan jawapan Jenap.
            “Taklah Makcik maksud sebenarnya berpillow talk tu ialah berbual kosong.” Nora menerangkan kepada Mak Jah apa yang dikatakan oleh Jenap sambil ketawa berdekah-dekah.
            “Ah… Udah-udahlah tu berpillow talk. Jom makan puding makcik buat ni.” Mak Jah menghidangkan puding berwarna kuning kepada Nora hasil dari tepung kastard yang dicari-carinya tadi. Sedang mereka asyik menyantap hidangan tiba-tiba mereka terdengar sesuatu.
            Di sekolah Remy menyelesaikan minum pagi dengan penuh teka-teki kerana masih memikirkan siapakah yang memberikan dia teddybear dan kad cinta tersebut? ‘Siapa pemilik hadiah itu,’ di hati kecilnya berkata. Dia pun terus menuju ke bilik guru. Dari jauh semasa Remy menuju ke kelas Tingkatan Empat Mawar, sepasang mata sedang memerhatikannya. Sepasang mata itu adalah milik Aminah yang mana pemilik teddybear dan kad cinta tersebut yang di cari-cari Remy. Tiba-tiba satu suara menegur Aminah membuatkan dia tersentak dari memerhatikan Remy.
            “Ah… Aminah apa awak buat kat sini? Kenapa tak masuk kelas lagi?” Cikgu Jijah menegur Aminah.
            “Kejap lagi Cikgu sebab saya nak ke tandas.” Aminah menjawab pertanyaan Cikgu Jijah sambil matanya terlihat patung teddybear yang dihadiahkanya kepada Remy ada bersama Cikgu Katijah.Dihati Aminah berkata. ‘Tak apa Cikgu… Hadiah yang aku bagi tu Cikgu tak ambil. Mungkin hadiah tu tak bernilai dan sajak tu belum cukup menghairahkan Cikgu. Aku tak akan putus asa dan aku akan terus berusaha sampai Cikgu menerima pemberianku.’ Sambil memerhatikan Remy dari jauh.
            Nora, Jenap dan Mak Jah terkejut apabila mendengar jeritan bayi menangis berdekatan rumah Mak Jah. “Eh… Kamu dengar tak? Apa yang aku dengar?” Mak Jah menanyakan anaknya Jenap dengan Nora sambil memerhatikan sekeliling.
            “Yalah Mak, Jenap pun dengar. Nora kau ada dengar tak?” Jenap mengiyakan bahawa dia juga mendengar sambil menolehkan mukanya kepada Nora dan terus bertanya.
            Ada aku dengar suara tu macam datang dari bilik kamu Jenap. Kau dah beranak ya Jenap?” Nora bertanya sambil mukanya berpaling tepat ke bilik Jenap.
            “Ishh… Bila aku beranak? Jangankan berlaki, berkapel pun belum. Kau ni Nora ada-ada sajalah.” Tiba-tiba Jenap ketawa. “Itu bunyi handphone akulah.” Jenap memberitahu yang suara tangisan itu datangnya dari telefon bimbitnya sambil tersengih ketawa.
            “Apa? Bunyi telefon! Aku ingat tadi ada orang buang anak dekat rumahku ni kau ni Jenap buat Mak suspen sajalah. Nasib baik Mak tak ada lemah jantung.” Mak Jah terkejut sambil mengurut-ngurut dadanya.
            “Yalah Jenap aku pun terkejut juga. Pantang keturunan aku buang-buang anak ni tau. Mengandung sanggup sampai sembilan bulan bila dah beranak terus campak macam sampah-sarap. Kurang ajar betul langsung tiada sahsiah diri.” Nora berkata panjang lebar kepada Jenap.
            “Ya betul cakap Nora tu Makcik sokong. Inilah dikatakan kesengsaraan selepas kenikmatan.” Mak Jah menyokong kata-kata Nora.
            “Jenap tukarlah bunyi telefon kau tu buat suspen saja.” Nora mengarahkan Jenap menukar nada panggilan telefonnya.
            “Oklah nanti aku ubah.” Jenap menerima arahan Nora sambil melemparkan senyuman manis.
            “Oklah Jenap… Makcik. Aku balik dulu dah dekat tengahari.” Nora meminta diri untuk pulang sambil menyalam tangan Mak Jah dan Jenap.
            “Eh… Nora tak makan tengahari sekali kat sini? Makcik dah masak banyak ni.” Mak Jah mempelawa Nora untuk makan tengahari sekali di rumahnya.
            “Ya, Nora mehla makan sekali. Bukannya selalu.” Jenap turut mempelawa Nora untuk makan sekali bersama mereka.
            “Tak apalah Makcik dah lewat ni nanti Mak bising lain kali saja Makcik makan kat sini.” Nora tetap menolak pelawaan mereka berdua.
            “Kalau macam tu Makcik, bungkuslah separuh untuk Nora ya sebab kami dua beranak tak terhabis makanan ni nanti. Sayang kalau dibuang.” Mak Jah terus ke dapur mengapai plastik untuk mengbungkus makanan tersebut. Itulah sikap Mak Jah walaupun miskin dan ibu tunggal, namun dia seorang yang peramah dan suka bersedekah walaupun hanya mengharapkan wang pencen arwah suaminya, serta wang kebajikan masyarakat untuk mereka dua beranak. Terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Keluarga Negara kerana membantu mereka.
            Jam telah menunjukkan tepat pukul satu setengah tengahari. Nora mencapai motornya untuk keluar rumah sekali lagi. “Ah… tu nak ke mana lagi? Asyik nak keluar je. Tak pernah lekat di rumah temankan Mak ataupun tolong Mak buat kerja rumah.” Mak Minah menegur anaknya yang berada di atas motor.
            “Alah… Mak ni. Nora bosanlah duduk kat rumah je. Lagipun kalau Nora duduk rumah macam mana Nora nak tahu hal-hal dekat luar yang perlukan pertolongan Nora.” Nora menerangkan kepada Maknya kenapa dia harus sentiasa berada di luar rumah.
            “Ah… Itu alasanmu semata-mata Nora? Apa kau ingat kau tu Supermak yang ada kuasa luarbiasa? Sekarang ni kau dah pandai menjawab. Nora… Tuhanku, adakah ini balasan dari dosa-dosaku yang telah kulakukan.” Mak Minah dengan penuh dramatik meluahkan perasaan sedih di depan anaknya. “Mak malu Nora… Mak malu… Apa orang kata nanti, anak seorang bekas Primadona terkenal dan menjadi pujaan ramai berkelakuan macam ni?” Mak Minah terus meluahkan rasa hatinya.
            “Oh… rupa-rupanya Mak ini Primadona ya? Sungguhku tak sangka cempedak dah jadi nangka… Mak telah mencontengkan arang di muka Nora. Ah… Nora malu… Nora malu nak tinggal di rumah ini lagi kerana mempunyai Mak seorang Primadona.” Nora dengan bersuarakan Neng Yatimah mengejek Maknya lalu pergi dari situ. Nora sengaja membuat begitu kerana dia tahu Maknya mahukan dia mendengar cerita mengarutnya supaya dia terus berada dirumah. Sedang Nora dalam perjalanan menuju ke Pekanjaya di tepi jalan kelihatan kereta kancil Mak Senah sedang berhenti. Nora mendekatinya dan lalu bertanya. “Assalammualaikum Makcik, apahal dengan Makcik sampai berhenti kat sini?” Nora memberi salam.
            “Waalaikumsalam… Oh… Nora anak Primadona Saminah yang terkenal…” Mak Senah seperti bersuara mengejek kepadanya. “Nora, apa khabar Emak kamu?” Mak Senah menjawab salam sambil mendongakkan kepala untuk melihat siapa yang menegurnya.
            “Alhamdulillah Makcik. Mak sihat. Ni apahal dengan kereta Makcik ni?” Nora bertanya sambil turun dari motornya.
            “Ni ah… Tayar kereta ni pancit. Makcik tak reti nak menukar tayar ni…” Mak Senah memberitahu Nora sambil mengelap-lap mukanya dengan tisu.
            “Oh… pasal tayar pancit. Mari Nora tolong tukarkan. Mana tayar spear Makcik?” Nora memberi bantuan sambil bertanya satu tayar ganti.
            “Betulkah Nora? Terima kasih ya Nora. Tayar ganti ada dekat belakang kereta. Wah… Sudahlah Maknya cantik Primadona pula tu malah dia memiliki anak yang cukup baik walaupun tak secantik dia.” Mak Senah menerima pertolongan Nora sambil memuji-muji yang tetap juga berbaur nada sinis itu.
            Jam dinding bilik guru telah pun menunjukkan jam satu tengahari dan Remy bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya. Dia menuju ke keretanya sambil mengangkat buku di dalam kotak lalu di tegur oleh Cikgu Sahari. “Cikgu…” Cikgu Sahari menegurnya.
            “Cikgu Sahari… Kenapa?” Remy menyahut suara Cikgu Sahari yang menegurnya itu.
            “Takda apa-apa Cikgu. Cuma nak tanya sudahkah cikgu dapat idea mengenai perkara Si Pemberi Hadiah Misteri tu?” Cikgu Sahari bertanya samaada Remy sudah ada idea bagi memerangkap Si Pemberi Hadiah Misteri itu.
            “Belum lagi Cikgu. Nantilah saya fikirkan.” Remy memberitahu Cikgu Sahari yang dia belum ada idea mengenai perkara tersebut sambil menutup bonet keretanya. “Oklah Cikgu, saya jalan dulu. Assalammualaikum…” Cikgu Sahari membalas salam dan Remy menghidupkan enjinnya keretanya terus meninggalkan Cikgu Sahari.
            Dalam perjalanan, Remy masih memikirkan tentang hal tersebut dan dalam dia memikir perkara itu, dari jauh dia ternampak sebuah kereta tersadai di bahu jalan. Dia pun membawa keretanya mendekati tempat tersebut dan kelihatan seorang wanita berumur sedang menyandar di kereta tersebut sambil berkipas-kipas merasa kehangatan matahari di waktu tengahari. Remy pun menegur wanita tersebut. “Assalammualaikum Makcik. Kenapa dengan kereta Makcik ni?” Mak Senah terlihat wajah Remy yang kacak itu penuh dengan ghairah namun tersentak bila Remy memanggilnya Makcik lalu dengan mulut muncung menjawab salam Remy.
            “Waalaikumsalam… Bukan makciklah. Panggil Akak tau.” Mak Senah cuba membetulkan panggilan Remy terhadapnya.
            “Oh… Maaflah Kak?”
            “Senah…” Mak Senah memperkenalkan nama.
            “Ah… Kak Senah.” Remy mengukir senyuman mesra. “Apahal dengan kereta Akak ni?”
            “Tak ada apa-apa. Cuma tayarnya saja pancit.” Mak Senah menerangkan kepada Remy sambil matanya mengenyit-ngenyit Remy. Walaupun Remy merasa hairan dengan mata Mak Senah mengenyit-ngenyit kepada namun dia buat-buat tak nampak saja.
            “Kak boleh saya tolong?” Remy cuba menghulurkan bantuan dan baru saja Mak Senah nak buka mulut tiba-tiba satu suara muncul di sebelah kereta mematikan niatnya.
            “Ok, Makcik. Siap…” Kelibat Nora muncul dari sebelah kereta dalam keadaan comot di mukanya, sambil diperhatikan Mak Senah dan Remy. Nora lalu merasa hairan kenapa Mak Senah dan seorang jejaka yang tiba-tiba muncul di situ tersenyum ketawa terhadapnya. “Kenapa Makcik ketawa?” Nora bertanya sambil memusing-musingkan kepala untuk melihat mungkin ada yang tak kena.
            “Tu ah… Kami ketawa mukamu nampak comot ada warna hitam melekat. Cuba kau tengok kat cermin sisi kereta Makcik tu.” Mak Senah memberitahu Nora ada benda melekat di mukanya. Nora pun cepat-cepat melihat cermin. Ternyata benarlah apa yang mereka katakan lalu dia pun mengesat-ngesatkan mukanya dengan bajunya kemudian kembali terserlah wajah yang ayu itu. Tiba-tiba Remy perasan dengan wajah itu dan baru dia ingat itulah gadis yang dia langgar semalam lalu Remy pun menegur Nora.
            “Cik Nora kan?”
            “Ya, saya… Encik ni siapa?” Nora bertanya dan keliru bagaimana Remy tahu namanya.
            “Saya Remy yang melanggar motor awak semalam.” Remy cuba menginggatkan Nora tentang kejadian semalam sambil turun dari kereta.
            “Oh… baru saya ingat. Encik Remy kan?”
            “Ya, saya tapi janganlah berencik-encik dengan saya panggil Remy saja.” Remy cuba merendahkan diri.
            “Oklah Nora, Makcik pergi dulu lagipun sebenarnya Makcik dah terlambat dah ni nak ambil Aminah di sekolah ni. Sedekah Makcik sama kamu kerana menolong Makcik menukar tayar kereta Makcik ni ya.” Mak Senah bergegas-gegas masuk ke dalam kereta sambil menyerahkan wang bernilai 50 ringgit kepada Nora.
            “Eh… Makcik. Tak perlulah. Saya tolong Makcik dengan ikhlas lagipun memang sudah jadi tanggungjawab saya menolong kaum yang lemah.” Nora menolak pemberian Mak Senah sambil memberikan wang 50 ringgit itu kembali kepada Mak Senah. Perbuatan Nora tersebut diperhatikan Remy yang berada disitu dan membuatkan hatinya terpikat.
            ‘Emm… walaupun dia nampak garang namun hatinya penuh keikhlasan dalam membantu orang yang dalam kesusahan.’ Hati kecil Remy berkata sambil melihat gelagat mereka berdua tolak-menolak wang pemberian tersebut.
            “Kalau macam tu biarlah wang 50 ringgit ini saya ambil lepas tu saya masukkan ke dalam tabung masjid macam mana fikiran kamu berdua?” Remy dengan pantas merampas wang 50 ringgit dari tangan mereka berdua lalu memberi cadangan. Remy tahu jika dia tidak berbuat demikian, tentu mereka akan terus berkelakuan seperti itu tolak-menolak wang pemberian tersebut.
            “Terpulang pada awak Remy, Akak tak kisah… Oklah Akak minta diri dulu. Assalammualaikum.” Mak Senah terus beredar dari situ meninggalkan Nora dan Remy di tempat itu menuju ke sekolah mengambil anaknya si Aminah.
            “Nah wang awak.” Remy menyerahkan wang 50 ringgit itu kepada Nora.
            “Kenapa awak berikan wang ni kepada saya? Bukankah awak beria-ria sangat nak dermakan wang ni ke tabung masjid?” Nora menyindir Remy, sambil meragut tangannya dan meletakkan wang 50 ringgit itu ke tapak tangan Remy.
            “Eh… Apa pulak saya yang kena dermakan wang ni? Bukankah wang ni awak punya. Lagipun kalau saya yang menderma sudah tentu saya yang dapat pahalanya.” Remy membalas kata-kata Nora.
            “Habis kenapa awak sibuk-sibuk tadi kata nak derma wang ni kat Makcik tu?” Nora pun sama membalas kata-kata Remy sambil mencapai helmetnya dalam perasaan marah.
            “Saya buat macam tu bukan apa. Saya cuba nak meleraikan kamu berdua dari terus tolak-menolak wang ni itu aje…” Remy menerangkan niatnya berbuat demikian. Nora yang serba salah.
            “Baiklah saya terima wang ni dan akan masukkannya ke tabung masjid. Maaflah jika kata-kata saya membuatkan awak tersinggung.”
            “Ah… macam tulah. Saya pun sama minta maaf kerana membuatkan awak salah faham dengan perbuatan saya.” Mereka pun bersalaman sambil mengukir senyuman manis dibibir masing-masing.
            “Cik Nora nak ke mana lepas ni?” Remy memberanikan diri bertanya kepada Nora ke mana dia nak pergi lepas ni.
            “Saya rasa nak ke hospital lepas ni awak nak ikut?” Nora memberitahu Remy.
            “Oh… Siapa yang awak nak lawat di hospital?” Remy dalam kehairanan mendadak juga ingin tahu siapa yang Nora akan lawat di hospital.
            “Saya ke hospital bukan nak melawat sesiapa cik abang oi! Tapi nak hantar orang masuk kat sana.” Nora menerangkan Remy tujuan dia ke sana dengan sinis.
            “Hantar orang kat sana? Tapi Siapa?” Remy tambah kebingungan dengan kata-kata Nora.
            “Orang yang saya nak hantar kat sana tu awak.” Nora menjelaskan kepada Remy siapa yang hendak di hantarnya ke sana, sambil menghampiri dan menyucuk dada Remy dengan jari telunjuknya.
            “Oh… awak nak hantar saya ke sana.” Remy mengangguk mengiyakannya. “Apa?” Remy tiba-tiba terkejut. “Te… Te… Tapi… Kenapa pula saya?” Remy terperanjat tergagap-gagap apabila bercakap.
            “Nak tahu kenapa saya nak awak pergi sana? Sebab awak dah mula menggatal dengan saya. Sebelum gatal awak menjangkit dekat saya, saya nak belasah awak dulu dengan helmet ni. Lebih baik awak belah sekarang sebelum saya naik hantu.” Nora naik berang dan mula menunjukkan kejantanannya depan Remy.
            “Oh… Ok. Saya pergi Cik Nora. Saya minta maaf jika pertanyaan saya tadi menyinggung perasaan awak.” Remy bergegas-gegas dalam ketakutan masuk dalam kereta apabila melihat Nora naik berang lalu menghidupkan enjin keretanya terus beredar dari sana meninggalkan Nora di sana .
            “Fuhyoo! Garangnya perempuan tu… Nasib baik kau cantik, kalau tak selamat tinggal.” Remy bercakap sendirian sambil memandu.
            “Kurang ajar punya jantan! Ada hati nak mengorat aku. Nasib baik kau kacak kalau tak hampeh aku kerjakan. Aku cakap dia kacakkah? Woi Nora, takkan kau dah tergoda dengan dia kot? Tak mungkinlah.” Nora seperti Remy juga bercakap sendirian macam orang tak siuman.
            Aminah yang berada di sekolah sedang menunggu emak, mula berasa risau apabila mendapati emaknya tak muncul-muncul di depan pagar sekolah. “Mana Makku ni? Dah sejam aku tunggu kat sini tak sampai-sampai lagi?” Aminah bercakap sendirian sambil melihat jam ditangannya telah menunjukkan jam dua petang. Tiba-tiba satu suara mencelah kerisauan Aminah dari belakangnya.
            “Ah… Aminah belum balik lagi?” Cikgu Jijahh menyapa Aminah yang tengah menunggu emaknya.
            “Oh… Cikgu. Belum lagi Cikgu. Ni, ah… Tengah tunggu emak, belum sampai-sampainya lagi Cikgu.” Aminah menjelaskan kepada Cikgu Jijah kenapa dia belum pulang rumah lagi sambil matanya melihat jam dan pintu pagar sekolah.
            “Kalau macam tu marilah ikut Cikgu. Cikgu hantar awak balik rumah.” Cikgu Jijah mempelawa Aminah naik keretanya untuk menghantarnya pulang ke rumah.
            “Saya rasa tak perlulah Cikgu sebab mungkin kejap lagi Mak saya datang. Terima kasih sajalah atas pelawa Cikgu tu.” Aminah menolak pelawaan Cikgu Jijah dengan senyuman manis.
            “Betul ni tak nak Cikgu hantar?” Cikgu Jijah menyakinkan Aminah sama ada mahu mengikutnya ataupun sebaliknya.
            “Ya Cikgu. Saya tetap tunggu Mak saya sehingga sampai.” Aminah menyakinkan Cikgu Jijah bahawa dia tetap menunggu emaknya.
            “Baiklah kalau macam tu Cikgu baliklah dulu. Kirim salam kat emak awak.” Cikgu Jijah pun terus meninggalkan Aminah di situ. Selang beberapa minit muncullah kereta emaknya. Aminah tersenyum lebar dan berasa gembira apabila melihat kereta emaknya muncul di depan sekolah dan rasa kerisauannya pun hilang.
            “Kenapa Mak lambat?” Aminah bertanya emaknya dengan muka monyok,
            “Maafkan Mak, Minah. Ni ah… kereta ni buat hal. Tengah nak ambil kau pancit pula kat simpang luar sana tu. Nasib baik ada Nora. Dialah yang tolong Mak tukar tayar ni.” Mak Senah menerangkan kepada anaknya mengapa dia terlewat.
            “Apa? Nora samseng tu yang tolong emak tukar tayar kereta ni?” Aminah terkejut dengan penerangan emaknya itu.
            “Ish… Minah. Janganlah cakap macam tu kat dia. Walaupun dia samseng tapi dia ringan tulang tau.” Mak Senah menegur Aminah supaya jangan menilai buku dari kulitnya kerana belum tentu elok ceritanya. Begitulah juga jika kita menilai perangai manusia.
            “Maafkan Aminah, Mak.” Aminah sedar dengan keceluparan mulutnya.
            Sementara di rumah Mak Minah tak senang duduk memikirkan anak daranya sambil meninjau-ninjau keluar tingkap melihat kelibat suaminya sejak pagi tadi hingga sekarang belum pulang-pulang dari menemui penduduk kampung yang memerlukan bantuannya. ‘Mana juga suamiku ni pergi dari pagi tadi sampai sekarang tak pulang-pulang tak rasa laparkah?’ Itulah perkataan yang bermain-main dalam hati Mak Minah. Ketika Mak Minah sedang menuju ke dapur untuk memanaskan lauk-pauk satu suara memberi salam telah memecahkan kesunyian rumahnya. Kakinya terhenti untuk melangkah ke dapur.
            “Assalamualaikum…” Suara itu tak henti-henti memberi salam.
            ‘Suara lelaki? Tapi suara tu bukan suara suamiku.’ Kata-kata itu lahir dari hati kecil Mak Minah yang dalam kekeliruan. Mak Minah pun kembali ke ruang tamu untuk melihat siapakah yang datang ke rumahnya itu.
            “Assalammualaikum… Suara itu sekali lagi memberi salam sambil mengetuk-ngetuk pintu rumahnya.
            “Waalaikumsalam…” Mak Minah menjawap salam tetamunya itu sambil membuka pintu dan apabila dilihatnya seorang lelaki muda yang tampan berdiri di depannya.
            “Astagfirullallazim… Bukankah ni… Emm… Alah…” Lelaki itu tersenyum memandangnya. “Sharul kan? Anak Joyah adik aku kat Labuan tu kan? Mak Minah terkejut beruk dan beristigfar panjang apabila melihat orang jauh bertandang ke rumahnya.
            “Ya Makcik ni Sharul anak Joyah Jambu.” Pemuda itu mengiyakan pertanyaan Mak Minah sambil mengukirkan senyuman manis.
            “Mana Mak Sharul?” Mak Minah menanyakan Sharul tentang adiknya.
            “Tu, dalam teksi.” Sharul memberitahu Mak Minah sambil jarinya menunjuk ke arah teksi yang mereka naiki.
            “Betulkah Sharul?” Mak Minah tanpa berlengah turun terus ke bawah rumahnya menuju ke teksi. Joyah yang melihat kakaknya menuju ke arahnya terus membuka pintu teksi dan keluar untuk mendapatkan kakaknya cepat sahaja mereka berdua berpeluk erat meluahkan rasa rindu yang telah lama terpendam. Maka berlakulah drama sedih mereka berdua menangis kegembiraan kerana sudah lama tidak bertemu antara satu sama lain.
            “Joyah, Sharul… Marilah naik tentu kamu dah penat sebab perjalanan kamu jauh.” Mak Minah menjemput adik dan anak saudaranya ke dalam rumah.
            “Baiklah Makcik.” Sharul menjawab.
            “Em… Joyah nasiblah tahun lepas Sharul datang ke mari mencari kami kalau tak? Tak berjumpalah kita kan?” Mak Minah rasa bersyukur pertemuan mereka ditemukan Allah atas usaha Sharul.
            “Betul tu Akak. Joyah yang sebenarnya menyuruh dia carikan sebab semasa Akak kahwin ngan Abang Sidek, Akak ada berikan alamat Akak kan Ah… dengan alamat dan sekeping gambar tulah kami gunakan tuk mencari Akak tapi sayang rupa Akak dah bercerai dengan Abang Sidek.” Joyah menerang kepada kakaknya yang mereka telah lama berusaha mencari mereka.
            “Emm… Panjang ceritanya Joyah.”
            “Akak boleh pendekkan?” Joyah menyampuk.
            “Boleh tapi tak menariklah ceritanya macam sinetron.” Mak Minah cuba menjelaskan kalau cerita masa lalu dipendekkan.
            “Ni pun dah macam cerita senetron tiba-tiba ada watak saya dan Sharul ni muncul.” Joyah ketawa menyindir.
            “Betul juga kata kau?” Mereka berdua pun ketawa bedekah-dekah.
            “Waa… seronok Mak dan Makcik berborak. Sampai ketawa Mak dan Makcik  berdua Sharul boleh dengar kat luar semasa Sharul tengah membayar teksi tadi.” Sharul mencela semasa Maknya dan Mak Minah tengah berborak.
            “Ah… Akak. Apa yang terjadi dengan Abang Sidek?” Joyah menanyakan kembali kisah silam kakaknya.
            “Nantilah Akak cerita tentu kamu sudah lapar kan? Kalau macam tu jom kita ke dapur.” Mak Minah terus membawa mereka berdua ke dapur.
            “Waa… Sedapnya Akak masak.” Joyah memuji masakan Mak Minah sambil mencedok nasi.
            “Terima kasih Joyah. Ah… Sharul makanlah juga.” Mak Minah mengukir senyuman dibibirnya di atas pujian adiknya sambil mencedokkan nasi kepada Sharul.                 “Ah… Akak. Akak hidup menjandalah sampai sekarang selepas bercerai dengan Abang Sidek?” Joyah bertanya lagi.
            “Taklah Joyah… Akak bersuami baru selepas bercerai dengan Sidek. Ni ah… Gambarnya dah 25 tahun kami bersama dan ni pulak anak tunggal kami Norainie namanya.” Mak Minah menunjukkan gambar suami dan anaknya kepada mereka berdua.
            “Oh… Macam tu ya Akak.” Joyah menggangukkan kepala tanda faham.
            “Nama suami Akak yang baru ni Salleh. Dialah ketua kampung di kampung ni.” Mak Minah menerangkan kepada mereka berdua.
             “Habis tu Makcik… Ketika Sharul mencari Makcik enam bulan lalu, adalah Sharul bertemu dengan seorang wanita yang boleh dikatakan seusia Makcik. Bila Sharul tanya tentang Makcik, dia cepat sahaja cakap yang Makcik ni Primadona? Kenapa ya?” Sharul panjang lebar berkata sambil mengunyah makanan.
            “Oh… Itu Senah. Dia kawan baik Makcik semasa Makcik jadi janda. Sebenarnya begini ceritanya. Selepas Akak kahwin dengan Sidek, Akak telah ikut bersamanya ke semenanjung kerana beliau telah ditugaskan di Johor. Kami bahagia di sana namun tak berpanjangan bila Akak tahu dia dah kahwin lain. Kononnya, dia kahwin dengan perempuan tu sebab alasannya dia tuduh Akak mandul sebab dah setahun kami bersama Akak tak juga mengandung.” Mak Minah mula menceritakan kisah silamnya.
            “Habis tu Akak apa yang terjadi?” Joyah mahu kakaknya meneruskan cerita sambil membasuh tangannya.
            “Lepas apa yang terjadi Akak tak tahan Akak pun minta cerai. Lagipun bak kata Azean Idrawaty. Tiada wanita yang sanggup dimadukan. Kami pun bercerai dengan bekalan duit nafkah penceraian itulah Akak lari ke Kuala Lumpur dan dengan ketentuan Allah, Akak bertemu Senah dan tinggal di bilik sewanya. Tak silap Akak namanya Loging Mak Munah.” Mak Minah menyambung ceritanya sambil mengangkat pinggan ke singki.
            “Oh macam tu habis Akak kerja apalah kat sana?” Joyah  ingin mengetahui cerita selanjut.
            “Mula-mula tu Akak kerja jadi cuci pinggan kat dapur sebuah kelab malam. Tak silap Akak nama kelab malam tu Apollo Night Club yang mana juga tempat Senah bekerja sebagai penari.” Mak Minah menceritakan kehidupan selepas diceraikan.
            “Habis macam mana Makcik jadi seorang primadona?” Sharul pula menyampuk,
            “Akak masa jadi janda muda lagi baru, 17 tahun masa tu dalam tahun 1976. Suatu hari tengah Akak cuci pinggan. Akak menyanyi sambil menyuci masa tu Akak nyanyi lagu Sanisah Huri tak ingat pula nama lagu tu. Rupanya Bos Akak ada masa tu lalu dia pun menyapa katanya pandai Akak menyanyi dan Akak pun ada paras rupa yang cantik. Bos Akak pun pelawa Akak jadi penyanyi.” Mak Minah bercerita panjang lebar.
            “Terus, Akak terimalah pelawaan tu?” Joyah menyampuk.
            “Mestilah Akak terima, tambahan gajinya mahal dan juga kawan Akak si Senah tu beri dorongan Akak pun mulalah menyanyi kat sana.” Mak Minah menyambung cerita lagi.
            “Tentu Makcik popular masa tu kan macam Uji Rashid kan?” Sharul pula menyampuk.
            “Taklah sampai ke situ. Akak popular setakat kat kelab tu je…” Mak Minah merendahkan diri bahawa dia tak bolehlah dibandingkan dengan Uji Rashid.
            “Lagi satu Akak… Macam Akak boleh berkenalan dengan Abang Salleh? Adakah dia pelanggan di kelab malam tu? Ataupun dia peminat Akak?” Joyah bertanya lagi.
            “Dua-dua bukan.” Mak Minah memberikan jawapan kepada Joyah,
            “Habis tu macam mana Akak boleh bertemu dan berkahwin?” Joyah sekali lagi bertanya kerana mahukan kepastian macam mana kakaknya boleh bertemu jodoh dengan Salleh sambil menggaru-garu dahinya tanda keliru.
            “Oh… Pasal tu… Dia sebenarnya dulu bekerja sebagai drebar teksi di bandar Kuala Lumpur dan teksinyalah Akak jadikan kereta sewa. Akak pergi balik ke tempat kerja dan bilik sewa Akak guna teksi dialah.” Mak Minah menceritakan kepada Joyah dan Sharul pertemuan dia dengan Tok Ketua iaitu Salleh.
            “Oh… Macam tu Joyah faham…” Joyah tertawa sambil menganggukkan kepala sebagai tanda dia sudah mengetahui kisah kakaknya itu.
            “Nora… Nora… Tunggu kejap…” Jenap melaung tinggi. “Nak pergi mana tu? Marilah sini kejap…” Jenap memanggil Nora dari halaman rumahnya.
            “Ah… Apa dia Jenap kau memekik-mekik ni? Kucing kau nak beranak ke?” Nora menyahut sambil memberhentikan motornya di halaman rumah Jenap.
            “Ni Ah… Aku ada berita tergempar.” Jenap menerangkan kepada Nora.
            “Berita gempar apa Jenap ah? Emak kau kena pinang ya? Siapa orangnya?” Nora cuba mengusik Jenap sambil menyorong motornya dekat dengan Jenap.
            “Ish… bukan itulah… Siapa nak Mak aku yang dah senja tu lainlah aku ni muda begetah lagi tu.” Jenap ketawa sumbang. “Tapi ni memang ada berkaitan tentang Mak aku juga.”
            “Tentang apa Jenap?” Nora menjadi keliru dan mula merasa bimbang.
            “Tentang Nora… Eh… Tersasul pula.” Sekali lagi Jenap ketawa sumbang. “Tentang Hashim…”
            “Haa… Hashim lagi. Kenapa dengan dia ah? Dia ganggu Mak kau pulak? Jantan ni tak habis-habis buat hal.” Nora mula naik berang bila mendengar nama Hashim.
            “Bukan pasal tulah Nora…” Jenap menerangkan kepada Nora.
            “Habis pasal apa pulak?” Nora mendengus sambil menahan kemarahanmya.
            “Tulah dengar dulu aku cakap ni nak terus mengamuk. Begini ceritanya sejam selepas kau balik dari rumahku tadi, Mak Hashim datang ke rumahku dia nak Mak aku jadi wakil meminang si Jannah untuk anaknya si Hashim bulan depan.” Jenap menceritakan berita  yang dikatakannya gempak itu kepada Nora.
            “Oh… pasal tu. Alhamdulillah… Tak sia-sia juga kita menggertaknya kelmarin. Kenapa kau tak cakap awal-awal lagi Jenap?” Nora faham dan gembira mendengar berita tersebut sambil dia ketawa berdekah-dekah.
            “Aku pula yang kau salahkan…” Jenap keliru dan termanggu.
            “Em… Joyah, Sharul… Jom kita berbual di depan?” Mak Minah mengajak adik dan anak saudaranya ke ruang tamu. Mereka pun beredar dari dapur menuju ke ruang tamu sambil Mak Minah membawa dulang berisi teko dan cawan di atasnya.
            “Ah… Joyah, apa khabar dengan orang Labuan?” Mak Minah memulakan perbualan mereka di ruang tamu.
            “Akak ni manalah Joyah tahu khabar semua orang kat Labuan tu? Lagipun walaupun Labuan tu pulaunya kecil tapi penduduknya ramai tau.” Joyah menjawab pertanyaan Mak Minah dengan berseloroh. Dan terdengar juga ditelinga Mak Minah tawa adiknya itu.
            “Kamu ni Joyah taklah Akak nak tahu khabar semua penduduk Labuan tu. Ish… Kamu ni dari dulu sampai sekarang tak ubah perangai tu. Meloyar buruk je kamu tahu.” Mak Minah menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum melihat wajah adiknya yang masih suka bergurau sedari mereka kecil lagi.
            “Tau takpe…” Joyah ketawa lagi. “Alhamdulillah semua sihat Akak. Mereka semua kirim salam sama Akak.” Joyah menyampaikan salam orang jauh.
            “Waalaikumsalam.” Mak Minah menjawab salam orang jauh. “Lama sudah Akak tak balik sana kan. Tambahan lagi Emak dan Ayah dah lama pergi menyahut seruan Ilahi. Tentu Labuan dah banyak berubah tambahan lagi dah masuk Wilayah Perseketuan kan Joyah… Ah… Joyah kamu masih tinggal di tempat lama tu? Apakah namanya tu Saungan Cina?” Mak Minah menanyakan keadaan Labuan yang telah lama ditinggalkan olehnya.
            “Ya Akak… Labuan dah banyak berubah boleh dikatakan semua kampung dah ada jalan simen dan bandarnya pula dah banyak bangunan yang tinggi-tinggi tapi taklah setinggi yang terdapat di Kuala Lumpur tu. Oh… Joyah tak lagi tinggal kat sana Akak. Dah lama juga Joyah tak pergi sana selepas Joyah berpindah dan menetap kat Kampung Tanjung Aru.” Joyah menceritakan keadaan Labuan yang kini pesat membangun sambil memberitahu dia sudah lama berpindah dari tempat mereka tinggal dulu.
            “Akak dengar penduduk Labuan nak kan jambatan dari Labuan sampai ke tanah besar Sabah? Apa feadahnya dan kebaikan untuk orang sana?” Mak Minah mahukan kepastian tujuan penduduk kedua-dua penduduk sana mahukan jambatan penghubung di kedua-dua tempat memandangkan dia juga adalah ketua wanita Umno di kampung ini Kampung Kuala Pahang. Semua masalah rakyat di kampung ini harus di dengar dan di tangani dengan cepat.
            “Woi… Akak… Kalaulah jambatan tu jadi kenyataan Akak. Ia merupakan satu rahmat bagi penduduk kedua-dua tempat. Sabah dan Labuan. Semua masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan lancar.”
            “Apa masalah yang dapat diselesaikan tu?” Mak Minah bertanya lagi.
            “Macam-macam Akak.”
            “Contohnya?”
            “Contohnya… Ah… jika berlaku kematian. Si mati meninggal di Sabah dan dia berasal dari Labuan, jenazahnya perlu di hantar dengan jalan laut. Jika menggunakan feri perlu mengambil masa dua jam. Kalau bot laju satu jam tapi tambangnya mahal kadang-kadang tu mencecah sampai tiga ratus ringgit tau. Dibuatnya orang tu meninggal sebelah malam dahlah perkhidmatan feri tamat jam empat petang bot laju pula ada yang takda kelengkapan untuk bergerak waktu malam. Kan terpaksa jenazah tu bermalam semalamam. Kalau ada jambatan, van jenazah tu boleh terus bergerak dan tak perlu nak menunggu semalam lagi jeti.” Joyah menerangkan kepada Mak Minah perlunya ada jambatan penghubung antara Labuan dan tanah besar Sabah.
            “Oh macam tu rupanya…” Mak Minah mengangguk-anggukkan kepalannya tanda faham.
            “Bukan itu aje Akak… Contoh kalau orang nak bersalin perlukan pembedahan ke Kota Kinabalu kena juga hantar menggunakan feri. Kalau ada jambatan taklah risau sangat bolehlah hantar terus tanpa makan masa yang panjang macam di dalam feri tu. Pokok banyak lagilah masalahnya jika nak sebut satu persatu sampai esok pun tak habis. Lagipun kesihan kat penulis tu penat dia menaip…” Joyah tertawa lagi menambah penerangan perlunya ada kemudahan jambatan di sana sambil menghirup teh di cawan yang di hidangkan oleh Mak Minah di atas meja dan berseloroh sedikit. Sharul pula membisu tingkah. Mungkin penat agaknya, malas pula dia nak menokok tambah perbualan itu.
            “Siapa Joyah? Penulis?”
            “Ah… Akak ni tanya pula… Takda apa-apalah.”
            “Emm… kau ni Joyah tak habis-habis dengan loyar buruk kau tu.”
            “Akak tak rimas ke asyik tutup pintu je dari tadi?” Joyah menanya Mak Minah rumahnya dari tadi berkedup pintu saja.
            “Aik… Joyah kalau kat sini kalau tak tutup pinta cari nahaslah nampaknya.” Mak Minah menjawab soalan Joyah.
            “Maksud Akak?” Joyah kebingungan dengan jawapan Mak Minah.
            “Sekarang ni dah banyak pencuri. Macam semalam rumah kat simpang tu dah kena pecah masuk. Macam tulah jadinya kalau tak tutup dan kunci pintu.” Mak Minah menerangkan kepada Joyah kenapa dia harus berbuat demikian sambil jarinya menunjukkan tempat kejadian.
            “Yakah… Akak?”
            “Yaa… Joyah. Ah… kalau dah tahu, jaga-jagalah dirimu tu nanti putus pula tangan mu tu Joyah… Akak tengok banyak sangat gelang kamu tu… Lebih baik kamu simpan aje gelang tu.” Mak Minah menyindir Joyah yang sarat dengan barang kemas. Joyah hanya tersenyum sipu sambil melucutkan gelangnya satu persatu dari tangannya dan memasukkan ke dalam beg sandang yang terampai di atas kerusi di sebelahnya.
            “Ah… Joyah sembang punya sembang, berapa lama kamu di sini?”
            “Tak lama Akak lima hari je. Sebab Joyah datang sini pun nak daftar Sharul ni ah… Dia masuk Universiti kat Pahang ni ambil sarjana selepas lulus diploma tahun lepas. Terlanjur ke mari terus cari Akak kat sini.” Joyah memberitahu Mak Minah tujuan dia datang ke sini.
            “Oh begitu…”
            Matahari petang telah mengambil giliran untuk memberi sinaran kuning keemasan, kereta proton perdana berwarna kelabu tiba di halaman rumah Pak Akop untuk parkir. Jauh di seberang jalan berdepan rumah Pak Akop, seperti biasa seorang wanita di atas tangga sedang memerhatikan seorang jejaka tampan keluar dari kereta proton tersebut. Wanita itu hairan melihat muka jejaka itu yang kelihatan sugul dan tak ceria seperti biasa, wanita itu membuka mulut.
            “Kenapa muka Cu monyok je Nek tengok? Ada masalah ke Cu?”
            “Tak ada Nek.” Remy menjawab pertanyaan Nek Siah.
            “Betul ke tak ada? Emm… Cu… Cu… Nenek ni bukan baru kenal dengan Cu tapi semenjak kamu dalam kandungan lagi dan Neneklah yang menjadi bidan semasa mak kamu melahirkan kamu. Nenek tahu setiap kelakuan kamu.” Nek Siah berkata panjang sehingga kisah silam terkeluar sekali dalam perbualan mereka.
            “Nenek masih ingat lagi kisah lalu ya? Hebat juga ingatan Nenek ni masih lagi kuat. Kalau Remy kadang-kadang terlupa juga apa yang Nenek makan?” Remy memulakan perbualan dengan gurauan.
            “Ehm… Cu ni kalau tak bergurau tak sah. Tak adalah yang istimewa Nenek makan kadang-kadang ada juga yang Nenek tak ingat. Cuma kenangan manis dan pahit sahaja yang Nenek dan orang lain akan ingat.” Nek Siah memberitahu Remy.
            “Sebenarnya Nek Remy berkenan dengan seorang gadis ni… Tapi Remy tak berani nak buka mulut depan dia lagipun dia garang sangatlah Nek.” Remy menerangkan masalahnya kepada Nek Siah.
            “Wah diam tak diam teruna sudah Cucu Nenek ni, dah ada yang dia berkenan. Siapa namanya Cu?” Nek Siah bertanyakan gadis idaman Remy.
            “Norainie Nek atau nama pendeknya Nora.” Remy memberitahu nama gadis itu kepada Nek Siah.
            “Oh… Nora namanya. Cantik juga nama buah hati Cucu Nenek ni ya. Tentu orangnya pun cantik macam namanya.” Nek Siah mengusik Remy.
            “Cantik memang cantik Nek tapi…”
            “Tapi kenapa Cu?”
            “Dia garanglah Nek… Kelakuannya macam jantan…”
            “Alah… Cu mungkin dia ada sebab berkelakuan macam itu.” Nek Siah cuba memujuk Remy. “Ni Cu dah makan kah?” Nek Siah menyambung perbualan.
            “Belum lagi Nek ni nak makanlah ni perut Remy pun dah berkeroncong kejap lagi nak berdangdut pula.” Remy bergurau pula pada Nek siah.
            “Ah… Cu ni ada saja nak mengusik Nenek.”
            “Oklah Remy minta diri dulu nak makan… Assalammualaikum…”
            “Baiklah Cu… Waalaikumsalam.”
            Remy pun beredar dari situ meninggalkan Nek Siah yang penuh dengan misteri, tanpa keluarga yang telah lama tinggal di kampong Tanjung Selangor itu sejak zaman Jepun lagi.
            “Ah… Remy baru balik? Banyakkah kerja kat sekolah tu.” Mak Odah menegur anaknya iaitu si Remy ketika melihat susuk tubuh Remy melintas depannya semasa dia sedang rancak menonton cerita sinetron di tv.
            “Dah lama Remy balik Mak tapi Remy singgah berbual kat rumah Nenek tadi.” Remy menyahut pertanyaan emaknya. Mak Odah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham tanpa berkata sepatah pun, sambil matanya terus fokus menonton cerita sinetron.
            “Ayah ke mana Mak?”
            “Di surau agaknya… Remy dah makan?”
             “Belum lagi mak…”
            “Remy salinlah baju dulu. Nanti Mak hidangkan makanan.”
            “Tak payahlah Mak. Biarlah Remy sediakan sendiri. Remy masuk bilik dulu.”
            “Yalah…” Mak Odah menjawab kata anaknya lalu meneruskan menonton tu.
            “Assalammualaikum…” Tok Ketua melaungkan salam.
            “Waalaikumsalam…” Salam disambut. “Macam suara laki aku je Joyah? Kau tunggu sini kejap Akak nak tengok.” Mak Minah bingkas dari tempat duduknya lalu membuka pintu. “Oh... Abang. Abang ni dari mana saja ni dari pagi sampai ni baru pulang?” Mak Minah menanyakan suaminya.
            “Alah Ayang… biasalah dekat-dekat pilihanraya ni Abang agak sibuk sikit lepas jumpa penduduk kampung ada pula mesyuarat dengan JKKK tadi.” Tok Ketua memberi jawapan kenapa dia lambat pulang rumah. “Eh… Ada tamu? Siapa mereka Ayang?” Tok Ketua terkejut apabila melihat ada orang sedang duduk di atas sofa berdepan dengan tv.
            “Ni Joyah, Bang. Adik Ayang yang tinggal di Labuan tu….” Mak Minah menerangkan kepada Tok Ketua tentang tetamu yang duduk di sofa mereka.
            “Oh… Adik Ayang yang dah lama tak jumpa tu ya? Tak silap Abang kita jumpa anaknya tahun lepaskan?” Tok Ketua cuba mengingat  perkara tahun lepas.
            “Ya… Bang. Itulah anaknya. Mari Ayang kenalkan adik Ayang.” Mak Minah pun memperkenalkan mereka berdua kepada Tok Ketua maka bermula perbualan mereka sehingga Nora pulang.
            “Assalamualaikum Mak…” Nora memberi salam.
            “Baharu nak balik budak bertuah ni… Sharul tolong Makcik bukakan pintu tu.” Mak Minah mengarahkan Sharul membukakan pintu.
            “Ok Makcik…” Sharul pun bingkas dari tempat duduknya lalu membukakan pintu. Alangkah terperanjatnya Nora apabila yang membukakannya pintu itu seorang lelaki muda malah muda dua tahun darinya. Dalam hatinya terus terfikir, ‘adakah aku tersilap rumah?’ Lalu Nora pun meninjau ke dinding rumahnya di sebelah kiri untuk melihat plat nombor rumah sekali lagi hatinya berkata, ‘plat nombor rumah sama takkan aku silap?’ Belum sempat Nora buka mulut untuk bertanya siapa dia, Sharul pun membuka mulut.
            “Ni kak Nora kan?”
            “Ya saya. Awak ni siapa? Dan macam mana awak tahu nama saya?” Nora membalas cakap sambil jari telunjuknya menuju kepada Sharul.
            “Saya Sharul anak Joyah adik Mak, Kak Nora?” Sharul memperjelaskan kepada Nora.
            “Adik Mak aku? Tak pernah dengar pun.” Nora terkejut dengan penjelasan Sharul. Lalu Nora pun memintalah penjelasan dari emaknya tentang perkara tersebut.
            Seminggu telah berlalu hubungan Nora dengan Remy belum ada titik-titik pertemuan, sehinggalah satu hari sedang Nora berjalan seperti biasa dengan motornya di Bandar Pekan. Motornya telah ditahan oleh beberapa orang samseng jalan dan cuba mengusik-usiknya, sambil mengeluarkan kata-kata lucah.
            “Wah cantiknya gadis ni bro! Kalau gua dapat tak keluar bilik, bro!” Salah seorang samseng jalanan itu berkata dengan ketawa besar. Dengan hati yang panas apabila mendengar kata-kata samseng itu, Nora pun turun dari motornya membalas kata-kata samseng tersebut.
            “Oi… Budak… Lu tidurlah dengan mama lu baru lu tak keluar-keluar bilik!” Kata-kata Nora membuatkan salah seorang dari samseng tersebut naik berang seraya berkata,
            “Kurang ajar punya perempuan… Mereka berempat pun menghampiri Nora lalu memegang tubuh Nora yang cuba hendak mencabul namun dapat ditangkis Nora dan pergaduhan pun berlaku di antara mereka.
            Akhirnya Nora tertewas dalam pergaduhan tersebut. Salah seorang daripada mereka mengangkat tubuh Nora yang pengsan akibat pukulan di kepalanya oleh samseng itu dan membawanya di kawasan lorong. “Mari kita kendurikan dia…” Salah seorang dari samseng itu berkata.
            “Ya itulah yang patut… Jom kita lakukanya.” Remy yang kebetulan mencari parkir lalu di lorong itu dan terlihat kejadian tersebut. Lalu menyergah keempat-empat samseng tersebut.
            “Oi… Baik kamu hentikan niat kamu sebelum beta musnahkan kamu. Tiba-tiba kawasan lorong bertukar menjadi medan pertempuran abad keenam belas di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Lagaknya seperti ada orang cuba menganggu Tun Teja.
            “Kanda Tuah tolong adinda…”
            “Jangan bimbang adindaku Teja… Beta akan menghapuskan petualang-petualang bangsa ini.”
            Maka pertempuran pun berlaku. Akhirnya musuh-musuh itu dapat ditewaskan Hang Tuah, namun itu hanyalah khayalan Remy semata-mata. Sebenarnya dia belum lagi menegur pemuda-pemuda samseng itu yang sedang berselera melihat tubuh Nora. Remy yang serba salah lalu memberanikan diri dengan berbekalkan besi di tangan yang dikutipnya di tepi lorong tersebut lalu menegur pemuda-pemuda samseng tersebut seraya berkata.
            “Oi… Apa kurang buat tu ah?” Salah seorang dari samseng itu berkata sambil terlihat di tangan Remy ada sebatang besi.
            “Kau siapa nak masuk campur ni ah?” Remy pun membalas kata-kata samseng itu.
            “Aku suami perempuan itu… Dan jangan kamu cuba nak apa-apakan dia… Lagipun aku sudah telefon polis…” Kebetulan pula siren polis kedengaran di sana. Apalagi pemuda-pemuda samseng tu pun lari lintang pukang ketakutan. Walhal siren polis itu berbunyi bukannya Remy yang telefon tapi hanya untuk lalu mengiringi kereta Sultan. Remy pun ketawa berdekah-dekah disana seorang diri,tanpa membuang masa Remy pun menghampiri gadis malang itu,tidak di sangka-sangkanya gadis malang itu adalah Nora.
            “Nora… Bangun Nora…” Remy cuba mengerakkan Nora dari pengsan. Namun Nora tidak juga sedar. Tanpa berlengah Remy pun mengangkat Nora ke keretanya untuk membawanya ke klinik yang berhampiran. Sampai di klinik 1Malaysia Nora terus di masukkan kedalam bilik wad. Remy menunggu di luar dengan penuh sabar sehinggalah doktor keluar berjumpa Remy lalu Remy pun bergegas mendapatkan doktor untuk bertanyakan keadaan Nora.
            “Doktor bagaimana keadaannya?”
            “Emm… Isteri Encik saya dah buat pemeriksaan tadi dan keputusannya saya dapati… Keadaan serebrum dia ok serebelum dia juga ok… Tengkoraknya tak ada keretakan berlaku… Otaknya tak ada darah beku dan…” Belum sempat Doktor yang merawat Nora itu menghabiskan penjelasannya Remy pun menyampuk
            “Nanti Doktor…” Remy menarik nafas dalam. Doktor itu menanti. “Boleh tak ringkaskan penjelasannya tu?”
            “Isteri Encik ok tak ada apa-apa yang serius berlaku. Namun isteri Encik belum sedarkan diri. Encik bersabarlah ya.” Doktor itu menjelaskan kepada Remy. Remy pun terus menunggu di luar wad sehingga Nora sedar. Sejam selepas Nora berada dalam wad dia pun sedar dan mendapati dirinya berada di atas katil dia pun bingkas bangun dan melihat keadaan sekeliling adakah dia telah di perkosa. Melihat keadaan Nora yang pelik itu dapat di perhatikan oleh jururawat yang sedang bertugas di situ lalu jururawat menghampirinya Nora pun bertanya kepada yang datang kepadanya seraya bertanya.
            “Saya berada di mana?”
            “Puan berada di klinik 1Malaysia.” Jururawat itu memberitahu Nora.
            “Kenapa saya boleh berada di sini? Dan siapa yang bawa saya di sini?” Nora bertanya lagi untuk mendapat kepastian.
            “Puan sebenarnya pengsan tadi dan suami Puan yang membawa Puan ke sini.” Jururawat itu menerangkan kepada Nora.
            “Suami? Bila saya kahwin?” Nora terkejut beruk apabila jururawat itu mengatakan suami telah membawanya ke mari.
            “Puan bertenang ya… Nanti saya panggilkan suami Puan.” Jururawat itu cuba menenangkan Nora lalu dia keluar memanggil Remy masuk untuk bertemu Nora. “Encik… Isteri Encik dah sedar.” Jururawat itu memanggil Remy lalu Remy pun bingkas dari tempat duduknya menuju ke wad Nora ditempatkan. Sejurus saja Remy terpacak di depan Nora, Nora pun terkejut.
            “Awak!” Remy hanya mampu mengukir senyuman.
            “Berbuallah kamu suami-isteri ya saya akan uruskan prosedur pengeluaran.” Jururawat itu berkata kepada mereka lalu meninggalkan mereka berdua di sana.Remy dan Nora ketawa kecil setelah ditinggalkan oleh jururawat itu dengan berkata suami-isteri.
            “Terima kasihlah kerana menolong saya.” Nora memulakan perbualan.
            “Sama-sama…” Remy menerima ucapan terima kasih Nora.
            “Macam mana awak boleh berada tempat kejadian tu dan bagaimana keadaan mereka?” Nora bertanya kepada Remy bagaimana dia boleh berada disana.
            “Begini ceritanya…” Remy pun menceritakan semuanya kepada Nora sambil Nora tergelak ketawa cerita Remy yang disertakan dengan aksinya.
            Siang melabuhkan tirainya apa malam menjelang. Remy yang berada dalam bilik asyik dengan ‘sms’nya bersama Nora sehingga mereka tidak sedar bahawa hari semakin lewat malam. Nampaknya perhubungan mereka semakin akrab sejak peristiwa itu hari. Malah mereka sering bertemu di kala Remy selesai mengajar di sekolah. Bunyi deringan ‘sms’ mereka dapat di dengar dengan jelas oleh orang tua mereka masing-masing. Tiba-tiba bunyi ketukan pintu bilik Remy dari luar dan berkata, “Remy… Oh… Remy. Tak habis-habis lagi ke ber‘sms’ tu? Dah tak ingat makankah lagi… Udah-udahlah tu… Kalau dah berkenan suruhlah Mak pergi meminang!” Mak Odah menegur Remy di luar pintu biliknya.
            “Takdalah Mak! Remy ‘sms’ dengan kawan ni… Tentang aktiviti sekolah esok.” Remy pantas menjawab teguran emaknya.
            “Oh… Begitu emak ingat ‘sms’ dengan ‘girlfriend’ tadi. Ah… Remy walau bagaimana pun dah lewat ni tidurlah esokkan nak kerja.” Mak Odah pun beredar dari pintu bilik Remy menuju ke biliknya. Seperti biasa malam berganti siang itulah tugas kedua-dua malaikat menjalankan tugasnya sehinggala hari kiamat dan begitu jugalah tugas mahkluk di muka bumi ini apabila waktu siang menjelang tugas mencari rezeki pun bermula setelah masa berehat di waktu malam telah pun berakhir. Remy seperti biasa bersarapan bersama kedua orang tuanya sebelum memulakan tugasnya di sekolah.
            Dalam perjalanan menuju ke sekolah Remy sempat singgah ke rumah Nora untuk melihat bakal surirumahnya. Selepas itu baharulah dia ke sekolah. Sesampainya di sekolah belum sempat hendak turun dari keretanya Remy telah ditahan oleh Cikgu Sahari dalam keadaan tercunggap-cunggap kepenatan berlari menuju ke tempatnya.
            “Cikgu… Cik… Cik… Cikgu.” Suara Cikgu Sahari tersekat-sekat.
            “Cikgu kenapa ni? Kenapa cemas semacam ni? Apa dah terjadi ni?” Remy terkejut dan panik.
            “Begini Cikgu, Tuan Pengetua nak jumpa Cikgu sekarang kerana ada hal mustahak…” Cikgu Sahari menjelaskan kepada Remy.
            “Oh… Kalau macam tu jom lah kita pergi sekarang.” Remy mengajak Sahari dan terus beredar dari situ.
            Setibanya di depan pintu pejabat Pengetua Remy bersama Sahari, mengetuk pintu dan masuk ke dalam. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat ramai orang berada di situ dan seorang pelajar perempuan menangis teresak-esak ditemani ibunya yang mana amat di kenalinya iaitu yang pernah dibantunya untuk menukar tayar namun pada masa itu Nora telah dulu membantunya iaitu Mak Senah. “Tuan Pengetua apa yang berlaku sebenarnya?” Remy meminta penjelasan kepada Pengetua.
            “Begini Cikgu… Perkara tentang pemberi hadiah-hadiah misteri dan sajak-sajak yang berbunyi lucah yang Cikgu terima itu pihak sekolah berjaya menangkapnya. Dan pelajar perempuan ni adalah pemberi hadiah tersebut. Oleh kerana ini kes peribadi tindakan selanjutnya terserah kepada Cikgu.” Pengetua memberi penjelasan kepadanya dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada Remy untuk menentukan.
            “Cikgu maafkanlah anak saya kerana perbuatannya dan saya berjanji dia tidak akan mengganggu Cikgu lagi sebab saya akan menukarkannya ke sekolah lain.” Mak Senah merayu kepada Remy sambil menangis teresak-esak.
            “Baiklah Makcik saya maafkan dia. Tentang hajat Makcik hendak memindahkannya ke sekolah lain itu terpulang pada Makcik dan sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kedua-dua pihak mendapat malu akibat buah mulut orang. Lagipun saya akan bakal bertunang dengan gadis pilihan saya sendiri tak lama lagi. Saya harap perkara ni kita rahsiakan saja dan hanya orang-orang di sini saja yang tahu.” Remy berkata panjang di depan semua yang berada di situ. Inilah sifat terpuji Remy mudah memaafkan kesalahan orang lain.
            “Terima kasih Cikgu. Ah… Aminah salam Cikgu tu… Minta maaf. Disuruh belajar mengurat pulak… Mari balik. Buat malu Mak saja. Cepat balik… Assalammualaikum Cikgu.” Mak Senah bersama anaknya pun beredar dari situ.
            “Tuan Pengetua saya minta diri dulu sebab dah terlewat masuk kelas. Assalammualaikum…” Remy pun beredar dari situ dalam keadaan tersenyum lebar kerana masalah yang menghantuinya selama ini akhirnya selesai juga.
            “Hebatkan Cikgu Remy tu Tuan Pengetua? Beliau tenang saja mendapat ujian.” Cikgu Sahari merasa kagum terhadap Remy di depan Pengetua.
            “Itulah sifat sabar dan taqwa serta dedikasi ada padanya.” Pengetua menjelaskan kepada Cikgu Sahari.
            Selang beberapa minggu dari kejadian itu Remy dan Nora selamat ditunangkan. Sebulan kemudian dia diijab kabul. Ramailah saudara dan sahabat handai datang meraihkan majlis persandingan mereka semuanya di‘sponsor’ Mak Senah demi membalas budi dan menebus malu. Aminah pula telah berteman baru… Emm… Temannya sama jugalah cikgu dah citarasanya agaknya. Jenap pulak macam itulah masih solo. Jannah dah mengandung lapan bulan dan suaminya siapa lagi Hashimlah. Remy dan Nora telah bercadang berbulan madu di Labuan semoga mereka bahagia selama-lamannya.
            Eh… Apa kecoh-kecoh dekat majlis? Tu jom kita tengok.
            “Woi… Tolong… Bini aku mahu bersalin.” Pulak dah rupanya Hashim menjerit minta tolong isterinya mahu bersalin. Oklah sampai di sini saja ceritanya. Jumpa lagi. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment