SEMUANYA UNTUKMU

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MAHARATU RAFIDAH MOHAMAD. SEMOGA GEMBIRA HENDAKNYA DAN SEMUANYA UNTUKMU.

Friday 14 December 2012

Novel Keempat Diterbitkan oleh EYEROOM EDITOR & PUBLISHER

CINTA BLUEBERRY

Iwanna yang mempunyai impian bekerja di sebuah syarikat penerbitan majalah fesyen terkenal negara akhirnya berjaya dicapai namun dia terpaksa mengubah penampilan daripada seorang gadis kampung kepada gadis bandar sehinggakan seorang model terkenal antarabangsa dan juga anak kepada pemilik sebuah bank tempatan iaitu Faisal jatuh hati kepadanya. Namun dalam pada masa yang sama, Faisal bertemu dengan seorang gadis yang bernama Kalsom yang sebenarnya adalah diri Iwanna yang sebetulnya. Faisal yang suka menyakat Kalsom membuatkan pelbagai insiden berlaku sehinggakan Faisal akhirnya mengetahui bahawa Kalsom adalah diri Iwanna yang sebenarnya. Walau bagaimanapun, ibu kepada Faisal yang telah meletakkan syarat agar anak kahwin dalam masa dua hari membuatkan Faisal terpaksa berusaha mencari calon sehinggalah dia sedar bahawa dia mencintai Iwanna yang ada di dalam diri Kalsom yang sebenarnya.



No comments:

Post a Comment