SEMUANYA UNTUKMU

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MAHARATU RAFIDAH MOHAMAD. SEMOGA GEMBIRA HENDAKNYA DAN SEMUANYA UNTUKMU.

Monday 31 December 2012

Tujuan Dan Resolusi Maharatu Rafidah Mohamad 2013


Ramai yang bertanya apakah azam 2013 untuk +Maharatu Rafidah Mohamad ?

So, ini jawapan saya untuk semua... Saya ada punya satu tujuan atau matlamat dan ada tujuh resolusi untuk mencapai matlamat itu. Bukan setakat untuk tugas sebagai penulis tetapi juga sebagai seorang wanita yang meraih cinta. Dan sesiapa juga boleh melaksanakan resolusi ini untuk mencapai matlamat dan tujuan masing-masing.

1. Lebihkan cinta untuk semua perkara. Tanpa cinta, apa yang dilakukan semuanya tak kena.
2. Lebihkan ceria di dalam semua aspek pekerjaan. Oleh itu, tidak akan ada sebarang tekanan di dalam tugas.
3. Lebihkan positif. Sifat positif ini akan banyak membantu kita untuk berani tampilkan diri dan juga emosi.
4. Lebihkan hidup. Sebab, kalau asyik diam dan hanya termenung, satu kerja pun terlalu mustahil terhasil dan berjaya dilakukan.
5. Lebihkan usaha. Perkara penting. Kalau tidak berusaha gigih, matlamat itu kirim salam sahajalah kan. Apatah lagi, kalau sesuatu tugas itu memerlukan usaha lebih.
6. Lebihkan kejutan. Saya memerlukan ini untuk mempromosikan karya sendiri dan juga tugas-tugas yang lain. Kalau dalam bab meraih cinta, sememangnya ini amatlah digalakkan.
7. Selepas semuanya dilakukan seperti di atas, mulakan pengiraan, adakah tercapai matlamat atau tidak. Jika belum, bermula semula dari atas. Dan matlamat saya pada tahun 2013 ini adalah --

FIGHT FOR ZEAL OF LOVE bermaksud, saya akan berjuang demi semangat cinta yang merangkumi dalam semua aspek.

Baiklah, inilah jawapan untuk rakanr-rakan yang bertanya tentang azam saya untuk tahun 2013. Bagi yang memberi ucapan, semoga kahwin tahun ini, amatlah saya berterima kasih. Semoga saya akan Allah swt akan memberikan sinar jodoh untuk saya tahun ini... hehehe...
SELAMAT TAHUN BAHARU 2013. Mulakan sesuatu dengan senyuman Bismillah dan diakhiri dengan senyuman Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment