SEMUANYA UNTUKMU

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MAHARATU RAFIDAH MOHAMAD. SEMOGA GEMBIRA HENDAKNYA DAN SEMUANYA UNTUKMU.

Tuesday 25 December 2012

TUTORIAL GEMPITA CERPEN 2013 DIKELOLAKAN OLEH MAHARATU RAFIDAH MOHAMAD & EYEROOM EDITOR & PUBLISHER


Syarat-Syarat Tutorial Gempita Cerpen.
Dikelolakan Oleh : +Maharatu Rafidah Mohamad & Eyeroom Editor & Publisher


Bebas untuk semua terutamanya bagi yang baharu berjinak-jinak untuk menghasilkan cerpen.

Tema bebas kerana bagi pandangan saya seorang penulis yang baharu bermula seharusnya diberikan kebebasan berkarya asalkan tidak menyentuh sentimen yang bercanggah tentang agama, budaya, adat, kepercayaan, bangsa dan negara. Kerana sekiranya karya anda menyentuh perkara-perkara ini, anda haruslah bertanggungjawab kerana untuk bergelar seorang penulis, sikap dan sifat bertanggungjawab itu amatlah dititikberatkan.

Di dalam Tutorial Gempita Cerpen ini, anda akan dibenarkan menghantar cerpen mengikut kemampuan anda dan pengulas akan mengulas apa yang perlu ditambah ke dalam cerpen anda ataupun apa yang perlu dikurangkan.

Di sini, pengulas akan mengajar anda bagaimana untuk menghasilkan sebuah karya yang mudah mengikut budi bicara anda sebagai seorang penulis. Apabila anda sudah mampu untuk berdiri dengan karya anda, pengulas akan mengajar bagaimana pula untuk membina sebuah karya cerpen yang mendapat perhatian untuk syarikat penerbitan seperti akhbar dan majalah.

Ia percuma kerana ilmu yang diberikan kepada anda adalah lebih berharga dari wang ringgit. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mendaftarkan diri dengan mengklik LIKE untuk laman Facebook ini à http://www.facebook.com/lamanrasmimrmd

Anda boleh bertanya secara bebas dengan meletakkan status anda ke laman yang tertera di foto promosi. Semua transaksi tutorial akan dijalankan di laman Facebook yang tersebut.

Cerpen yang dihantar untuk diulas harus dihantar melalui email yang turut tertera di foto promosi dan cerpen yang sudah diulas akan dihantar semula kepada anda juga melalui email tersebut iaitu à maharaturafidahmohamad@gmail.com

Di dalam Tutorial Gempita Cerpen ini anda bebas untuk berkarya. Segala pendapat dan pandangan anda akan diterima.

No comments:

Post a Comment