SEMUANYA UNTUKMU

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MAHARATU RAFIDAH MOHAMAD. SEMOGA GEMBIRA HENDAKNYA DAN SEMUANYA UNTUKMU.

Friday 14 December 2012

Novel Ketiga Diterbitkan oleh EYEROOM EDITOR & PUBLISHER

KAU KUPILIH

10 orang wanita bertanding untuk bergelar juara sekaligus bergelar isteri kepada pewaris utama KELUARGA EMAS iaitu Engku Rafael Asfar dan juga bakal memiliki 1 juta pound sterling. Walau bagaimanapun, mereka harus memenangi setiap cabaran yang telah disediakan oleh Allahyarham datuk Engkau Rafael yang telah mewasiatkannya untuk berkahwin dengan wanita yang akan memenangi cabaran tersebut. Namun, tanpa diduga oleh Engku Rafael Asfar sendiri bahawa dia sendiri yang sebenarnya harus menjadi pemenang di dalam setiap cabaran tersebut. Dan salah seorang peserta iaitu Syita Najmiyyah terpaksa menggunakan segala taktik dan rancangannya hanya untuk memiliki sebidang tanah peninggalan arwah ayahnya. Pelbagai tentangan, skandal dan spekulasi yang berlaku di sepanjang pertandingan tersebut berlangsung di RUMAH EMAS sekali gus telah membongkar sejarah silam keluarga tersebut.




No comments:

Post a Comment